Ford lancar kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) di Malaysia

By  |  0 Comments

Photo 4 - Live Demo

Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto Connexion (SDAC) secara rasminya telah melancarkan kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) di Malaysia dengan empat sesi latihan yang diadakan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang pada 13 dan 14 Disember lalu.

Program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat bertujuan mendidik para pemandu mengenai kemahiran yang perlu dan praktikal untuk memandu dengan selamat. Di samping membantu mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan. Latihan DSFL merangkumi sesi teori dan latihan amali untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Photo 1 - Theory Session

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2013 menyatakan bahawa kemalangan jalan raya membunuh hampir 1.2 juta orang setahun, serta mencedera atau mencacatkan sehingga lebih 50 juta yang lain. Data WHO juga menunjukkan bahawa tanpa langkah sewajarnya, jumlah kecederaan ini akan meningkat dengan drastik menjelang tahun 2020.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memberitahu, secara puratanya seramai 18 orang maut di jalan raya di Malaysia pada setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 orang menjelang tahun 2020.

“Ford percaya bahawa aspek keselamatan jalan raya adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan kempen ini di Malaysia demi membantu meningkatkan kesedaran tentang amalan dan teknik pemanduan yang selamat,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman

Photo 8 - Group Photo (b)

Lebih daripada 80 orang pemandu yang memiliki lesen mengambil bahagian dalam sesi latihan DSFL. Ia merangkumi tip-tip dan teknik pemanduan selamat seperti pentingnya semua penumpang memakai tali pinggang keledar, memandu tidak melebihi had laju, mengelak gangguan ketika memandu serta memastikan jarak yang selamat dengan kenderaan lain di atas jalan raya.

Di Asia, Ford DSFL kini sudah memasuki tahun ketujuh penganjurannya yang berjaya dan berperanan melatih para pemandu berlesen dari semua kelompok umur. Malaysia menyertai kempen DSFL selepas China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *