Tiada cadangan wajibkan alat pemadam api dalam kenderaan persendirian -Abdul Aziz

By  |  0 Comments

Fire

Hari ini Bernama melaporkan, kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk mewajibkan penyediaan alat pemadam api di dalam kenderaan persendirian, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Abdul Aziz berkata hanya kenderaan yang dikategorikan sebagai kenderaan perdagangan iaitu yang membawa barangan berbahaya diwajib menyediakan alat pemadam api.

“Walaupun terdapat 2,000 kes kebakaran kenderaan akibat kemalangan, kebanyakan punca utama kebakaran kenderaan adalah kerana litar pintas akibat pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut piawaian,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada Persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan pemilik kenderaan yang mahu melakukan pengubahsuaian kenderaan agar meminta khidmat nasihat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pada 12 Disember lalu, Senator Datuk Rohani Abdullah telah mencadangkan kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan menguatkuasakan pemasangan alat pemadam api dalam kenderaan sebagai langkah proaktif menangani kebakaran kenderaan.

Senada dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang mula mengesyorkan agar setiap pengguna jalan raya memiliki alat pemadam api sebagai langkah pencegahan awal dalam kebakaran kenderaan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata alat berkenaan boleh mencegah kebakaran daripada merebak dengan cepat, selain dapat menyelamatkan mangsa dan harta benda.

“Mangsa atau pengguna jalan raya lain juga dapat membantu memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku sebelum bomba tiba di tempat kejadian,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *