MINI John Cooper Works baharu mampu meledakkan kuasa sehingga 231 Hp

By  |  0 Comments

Sudahkah anda menonton video mengenai MINI John Cooper Work yang terbaharu? Pasti mengagumkan bukan.

MINI baru sahaja mendedahkan model terbaharu ini dengan mendefinisikannya sebagai “Memberikan perasaan perlumbaan yang sejati dengan ciri-ciri premium dan memperluaskan produk MINI generasi terbaharu”. Malah MINI juga mendakwa model ini mampu memberikan “kuasa pemanduan ekstrem yang menyeronokkan dan memiliki karisma eksklusif”.

MINI_JOHN_COOPER_WORK_1

Model konsep John Cooper Works ini pernah dipertontonkan di North Amerika International Auto Show (NAIAS) 2014 yang lalu. Dan bagi model versi produksi pula ditampilkan dengan lampu utama LED dengan indikator arah berwarna putih, gril radiator yang diperkemaskan, alur penyejuk udara yang lebih besar, bagi memberikan ruang lampu utama, side sill yang tersendiri, sistem ekzos sport, dan spoiler belakang JCW.

Model John Cooper Works baharu ini dijanakan oleh enjin yang paling berkuasa dalam keluarga MINI iaitu unit 2.0 liter 4-silinder TwinPower turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 231 Hp dan tork setinggi 320 Nm pada 1,250 hingga 4,800 rpm. Berbanding pada model sebelumnya, kuasa yang dihasilkan oleh motor ini mampu memberikan peningkatan sebanyak 10%, dengan jumlah tork yang juga bertambah 23%.

MINI_JOHN_COOPER_WORK_6

Enjin ini turut dipadankan dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan. Jentera ini juga mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.3 saat dengan kotak gear manual serta 6.1 saat bagi transmisi automatik. Malah ia juga boleh mencatat kelajuan maksimum antara 80-120 km/j dalam hanya 5.6 saat, iaitu 10% lebih pantas berbanding dengan model sebelum ini.

Menurut MINI, padanan enjin dan transmisi ini turut memberikan penjimatan bahan api dan emisi CO2 iaitu 5.7 liter bagi setiap 100 km dan 133 g/km mengikut ujian EU.

MINI turut memberikan pembaikan yang lebih signifikan bagi teknologi suspensi dengan memadankan sistem brek sport Brembo, rim aloi John Cooper Works Race Spoke bersaiz 17-inci, stereng berkuasa elektromekanikal dengan Servotronic, a Dynamic Stability Control (DSC) termasuk Dynamic Traction Control (DTC), Electronic Differential Lock Control (EDLC) dan Performance Control. Sementara itu, MINI turut menawarkan Dynamic Damper Control sebagai pilihan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq