Citroen C4 2015 lebih bergaya

By  |  0 Comments

Citroen_C4_6

Citroen telah mendedahkan model facelift bagi C4 yang tampil dengan imej lebih segar dan bergaya.

Daripada pandangan hadapan, perubahan imejnya sudah boleh dilihat dengan kehadiran lampu pencahayaan siang LED bersama lampu utama yang sedikit gelap. Manakala pada bahagian belakangnya pula, lampunya telah diberi rekaan semula dengan menampilkan efek 3D.

Citroen C4 ini turut didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Stone Gray dan Platinum Grey. Bukan itu sahaja, pelanggan juga memilih saiz rim aloi yang diingini dan ia ditawarkan sehingga 18 inci.

Citroen_C4_4

Tidak lengkap dengan imej luaran semata-mata, bahagian kabin juga tidak ketinggalan menerima perubahan yang lebih segar. Ini termasuklah padanan upholstery dengan pilihan Liberia Grey dan Rayados Mistral dan skrin paparan bersaiz tujuh-inci.

Citroen C4 2015_1

Enjin PureTech 110 yang dipadankan untuk model C4 ini mampu menghasilkan kuasa 110 Hp pada 5,500 rpm dan tork 205 Nm pada 1,750 rpm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan yang mampu memberikan jentera hatchback ini lebih penjimatan bahan api sehingga 4.7 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 110g per km.

Manakala PureTech 130 pula berkeupayaan memberikan kuasa 130 Hp pada 5,500 rpm dan tork 230 Nm pada 1,750 rpm. Dan dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan yang turut memberikan penggunaan bahan api sehingga 4.8 liter bagi setiap 100 km.

Bukan itu sahaja, Citroen C4 ini juga dikatakan bakal menawarkan enjin turbodiesel, BlueHDi (100 Hp/254 Nm) serta BlueHDi 120 (120 Hp/300 Nm).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *