Mercedes GLE Coupe gabungan imej mewah & sporty

By  |  0 Comments

Mercedes GLE Coupe_6

Dengan kombinasi coupe dan crossover, Mercedes GLE Coupe ini memang nampak sporty. Telah didedahkan oleh Mercedes, model ini bakal dipertontonkan di North America International Motor Show tidak lama lagi.

Menampilkan gril bar tunggal pada bahagian hadapan yang disambung dengan lampu utama LED telah menampakkan kemantapan pada jentera ini. Garisan bumbungnya pula lebih berdinamik dan bahagian belakangnya pula menyerupai model S-Class Coupe. Melengkapkan lagi gayanya dengan kehadiran kekemasan krom, sistem ekzos berkembar dan rim aloi standard bersaiz 20-inci (dengan pilihan rim aloi 21-inci dan 22-inci).

Bagi varian GLE 450 AMG, penampilannya lebih agresif dengan padanan kit badan AMG dan rim aloi bersaiz 21-inci. Model ini juga mempunyai suspensi udara AIRMATIC, sistem redaman adaptif dan fungsi “lowering” automatik bagi mengurangkan ketinggian pengendalian sewaktu jentera dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan dan mempunyai sistem Dynamic Select dengan lima mod penalaan iaitu INDIVIDUAL, COMFORT, SLIPPERY, SPORT dan SPORT+.

Pada bahagian kabinnya pula, ia diperkemaskan dengan material kulit nappa bagi roda stereng, pedal keluli tahan karat dan kekemasan gentian karbon dengan hiasan piano black. Ia juga tampil dengan tempat duduk sport, roda stereng sport dan paparan hiburan baharu. Bagi memberikan imej yang lebih mewah, bahagian kabinnya juga mempunyai pilihan lataran sama ada kekemasan aluminium dengan bayangan perak atau pun kayuan.

Mercedes GLE Coupe_31

Mercedes juga mengesahkan beberapa pilihan enjin, antaranya GLE 350 d 4MATIC hadir dengan kuasa 258 PS dan 620 Nm, dan model GLE 400 4MATIC ditampilkan dengan enjin 3.0 liter turbo-berkembar V6 pula mampu menghasilkan kuasa 333 PS dan 480 Nm.

Manakala enjin yang lebih berkuasa iaitu3.0 liter turbo-berkembar V6 bagi GLE 400 4MATIC dengan kuasa 333 PS dan 480 Nm. Bagi GLE 450 AMG pula pastinya bertambah lebih berkuasa dengan kehadiran enjin 3.0 liter turbo-berkembar V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 367 PS dan tork setinggi 520 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *