Honda N-Box Slash… si comel yang masih berimej retro

By  |  0 Comments

honda-n-slash-08-1

Hanya sekadar untuk mencuci mata kerana model hatchback yang kelihatan retro ini pasti tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Honda!

Untungnya pasaran automotif di Jepun kerana di sana dapat menyaksikan pelbagai jenis model menarik yang dihasilkan oleh pelbagai jenama, antaranya model N-Box Slash, kei car yang diproduksikan oleh Honda.

honda-n-slash-07-1

Bagi model baharu N-Box Slash ini, ia masih mengekalkan imej retro hatchback, iaitu sebahagian daripada siri N yang sangat diminati golongan muda-mudi di Negara Matahari Terbit itu.

Biar pun masih mengekalkan imej retro, namun N-Box Slash baharu ini turut kelihatan stylish serta ia masih menjadi model kei car yang mendominasi kelasnya. Model baharu lima-pintu ini mempunyai empat ruang tempat duduk di bawah bumbungnya yang kelihatan agak tinggi. Tempat duduk hadapannya boleh dibaringkan dan bersambung dengan tempat duduk belakang, secara tidak langsung boleh mengubahnya menjadi seperti sebuah katil yang besar.

Secara teknikalnya, ia masih dikuasakan oleh enjin yang sama seperti model terdahulu iaitu 600cc tiga-silinder. Kini N-Box Slash sudah pun dijual di negara kelahirannya, Jepun dan menyertai adik-beradiknya yang lain seperti N-One, N-Box, N-Box+ dan N-WGN.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *