Proton rancang buka kilang operasi di Bangladesh

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 008

Media Bangladesh melaporkan, Proton mempunyai perancangan untuk membuka kilang di negara berkenaan tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan selepas pertemuan antara Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari.

Ini bukan pertama kali kedengaran tentang rancangan Proton mahu membuka kilang di Bangladesh. Pada September lalu, Dhaka Tribune melaporkan Proton telah menyatakan minat yang mendalam untuk bekerjasama dengan kilang pengeluar kenderaan di negara berkenaan.

Laporan tersebut juga telah memetik kenyataan daripada pegawai Kementerian Perdagangan yang mengatakan terdapat dua wakil delegasi Proton telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dan syarikat konglomerat Bangladesh, PHP Group, iaitu pemegang saham berpotensi dalam industri pembuatan kenderaan Bangladesh.

Pada tahun 2009, terdapat juga laporan yang menyebut sebuah syarikat Malaysia, Agate Group, turut dikatakan berminat untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar kenderaan tempatan, Walton Hi Tech Industries, namun tiada sebarang perkhabaran lanjut mengenainya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *