Mazda6 facelift bakal berada di pasaran UK

By  |  0 Comments

Mazda6 2016_19

Mazda mengumumkan model facelift bagi Mazda6 Saloon dan Tourer bakal memasuki pasaran United Kingdom pada harga bermula 24,970 EUR (RM106,532.01).

Ia akan ditawarkan dengan lima varian iaitu SE, SE Nav, SE-L, SE-L Nav dan Sport Nav dengan sembilan enjin diesel, tujuh enjin petrol bagi varian Saloon. Manakala bagi varian Tourer pula ditawarkan dengan sembilan enjin diesel dan tiga enjin petrol. Kedua-dua varian juga dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu manual enam-kelajuan dan automatik.

Mazda6 2016_20

Malah Mazda6 ini juga ditawarkan dengan lapan warna kerangka termasuk satu warna baharu iaitu Sonic Silver metallic.

Bagi model asas seperti SE dan SE Nav, ia merupakan model pertama Mazda yang ditampilkan dengan brek parkir elektronik, lampu utama yang berfungsi sebagai ‘coming/leaving home’, Mazda Multimedia Commander, pemanduan manual dan fungsi pelarasan ketinggian bagi tempat duduk penumpang hadapan.

Manakala bagi varian spesifikasi tertinggi, Sport Nav, ia dipadankan dengan elemen tambahan termasuklah imej hadapan yang diperbaharui iaitu gril baharu, lampu utama LED yang disambung bersama lampu pencahayaan siang LED dan lampu kabus LED, selain lampu belakang LED dan rim aloi baharu bersaiz 19-inci.

Pada bahagian kabin pula, ia menerima padanan papan pemuka baharu dengan skrin paparan tersendiri bersaiz tujuh-inci,konsol tengah baharu dan tempat duduk yang dipertingkatkan dengan upholstery terkini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq