Jeep Grand Cherokee lasak, mewah & penuh berkuasa

By  |  0 Comments

GrandCherokeeOverland_Ext_02

Selepas 15 tahun ‘ketiadaannya’, akhirnya Jeep kembali di Malaysia secara rasmi! Pagi ini, Jeep Malaysia telah pun merasmikan bilik pamerannya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam dan turut melancarkan empat model dan lapan varian jenamanya.

DRB-Hicom selaku pengedar rasmi jenama Jeep di Malaysia, telah melancarkan dua model Cherokee, Compas Limited, dua varian Grand Cherokee dan tiga varian Wrangler.

Bagi Jeep Grand Cherokee generasi ke-empat ini, ia diproduksi berdasarkan platform Mercedes-Benz M-Class W166 generasi ketiga. Memiliki ukuran 4,828 mm panjang, 1,943 mm lebar, 1,802 mm tinggi dan jarak roda 2,915 mm, SUV lima-tempat duduk ini memiliki kerangka yang penuh maskulin dan tampak lebih berani.

Didatangkan dengan dua varian iaitu Overland dan Limited, imej maskulinnya cukup terserlah dengan gril hadapan yang garang, disambung pada lampu utama bi-xenon dan lampu pencahayaan siang LED. Juga dihiasi dengan kekemasan krom pada lingkaran lampu kabus, corong udara dan pemegang pintu.

Varian Limited ditampilkan dengan kepingan gril hadapan berbanding bentuk sarang lebah bagi Overland yang merupakan model spesifikasi tertinggi bagi Grand Cherokee ini.

Ia turut ditampilkan dengan rim aluminium lima-jejari bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar 265/50 (18 inci 10-jejari buat varian Limited), roof rail, spoiler belakang dan paip ekzos berkembar. Manakala ruang kargo pula berkapasiti 990 liter, dan jika tempat duduk belakang dibaringkan sepenuhnya, ia mampu mencecah 1,950 liter secara keseluruhan.

Bahagian dalamnya pula dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit, sistem kemasukan tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, zon berkembar penghawa dingin kawalan automatik dan skrin sesentuh Uconnect bersaiz 8.4 inci dengan fungsi navigasi, arahan suara, MP3 dan USB. Selain itu, ia juga menampilkan pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakang serta kamera undur.

Ia juga menampilkan roda stereng balutan kulit dengan kekemasan kayuan (hanya balutan kulit pada Limited) yang turut disertakan dengan butang audio, kawalan suara dan kawalan kelajuan. Stereng berkuasa elektro-hidraulik juga ditampilkan termasuklah pedal penukar gear. Pada bahagian konsol tengah, butang Selec-Terrain juga disertakan bagi lima pelarasan kawalan cengkaman.

Elemen lain termasuklah panel instrumen dengan paparan bersaiz tujuh-inci, bumbung matahari, sistem bunyi Alphine Premium dengan tujuh pembesar suara dan banyak lagi.

Grand Cherokee dijanakan oleh enjin 3.6 liter Pentastar VVT V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 284 hp pada 6,350 rpm dan tork 347 Nm pada 4,300 rpm dengan pacuan semua roda menerusi sistem Quadra-Trac II sepenuhnya serta dipadankan dengan transmisi auto lapan-kelajuan.

GrandCherokeeOverland_Ext_17

Sistem suspensi udara Quadra-Lift hanya ditampilkan buat varian Overland. Selain itu, ia juga memiliki mod Park, Aero, Normal Ride Height, Off-Road I dan Off-Road II. Manakala bagi Limited pula, ia lebih konvensional dengan suspensi wishbone berganda untuk bahagian hadapan dan multi-link di belakang.

Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, ESC, Electronic Roll Mitigation, Hill Start Assist dan engine immobiliser.

Sebanyak sembilan warna ditawarkan termasuklah Deep Cherry Red Crystal Pearl, Maximum Steel Metallic dan Cashmere Pearl.

Diimport sepenuhnya dari US, Jeep Grand Cherokee Overland berharga RM468,889 tanpa insurans (atau RM481,401 dengan insurans). Manakala Cherokee Limited pula dengan harga RM448,889. Kedua-duanya didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq