RON95 : Kerajaan akan puratakan harga pasaran sebelum 1 Dis

By  |  0 Comments

RON95

Laporan Bernama pagi ini menyebut, kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95 sebelum pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal pada 1 Dis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yakin kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.

“Saya dimaklumkan harga pasaran dunia bagi RON95 dijangka akan turun dalam masa beberapa hari dan setakat hari ini (27 Nov) harganya adalah pada RM2.26 seliter iaitu lebih rendah daripada harga RM2.30 yang dijual pada masa sekarang.

“Harga itu dijangka akan menurun lagi dan kami berjanji akan memuratakan harga itu sebelum 1 Dis,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis.

Menurut Hasan, subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq