Proton tawar rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model terpilih

By  |  0 Comments

Proton Suprima S

Sempena dengan jualan akhir tahun, Proton telah menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 termasuk faedah lain seperti tiga tahun servis percuma dan peranti jalur lebar Yes 4G 20 Mbps untuk setiap pembelian model terpilih. Model Proton yang terlibat dalam tawaran promosi jualan akhir tahun ini ialah Saga, Persona, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Inspira.

Selain itu, Proton turut menawarkan kepada pemilik model Proton sedia ada bagi promosi My Proton Family Campaign, termasuk ahli keluarga masing-masing dengan pemberian rebat sehingga 5% untuk pembelian model baharu Proton yang turut didatangkan dengan tiga tahun servis percuma.

Walau bagaimana pun, kedua-dua promosi ini tidak melibatkan model terbaharu, Proton Iriz, yang telah tersedia dengan tawaran tiga tahun servis percuma dan waranti pengeluar selama lima tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *