Jeep Cherokee tampil penuh sporty – Harga bermula RM349k

By  |  0 Comments

CherokeeTrailHawk_Ext_07

Jeep Malaysia turut melancarkan model yang diminati ramai iaitu Jeep Cherokee. Dijanakan oleh enjin 2.4 liter Tigershark Multiair 2 empat-silinder yang mampu menghasilkan 174 hp pada 6,400 rpm dan tork 229 Nm pada 3,900 rpm.

Dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan, Cherokee turut menampilkan Jeep Active Lock 4WD iaitu sistem yang mampu menukar pacuan dua dan empat-roda secara automatik bergantung pada keadaan jalan.

Didatangkan dengan dua varian iaitu Longitude dan Trailhawk, SUV tahan lasak ini tampil dengan warna kelabu gelap pada bahagian gril, perumah cermin sisi, bampar dan roof rail. Lampu utama bi-xenon yang boleh dilaras sendiri, lampu pencahayaan siang LED, rim aloi bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 245/65 turut ditampilkan.

Memiliki ukuran 4,624 mm panjang, 1,904 mm lebar, 1,732 mm tinggi dan jarak roda 2,719 mm. Ia juga menawarkan ruang kargo berkapasiti 506 liter dan boleh dipertingkatkan lagi sekiranya tempat duduk belakang dilipat (60:40) menjadi 1,500 liter keseluruhan.

Pada bahagian dalamnya, Cherokee ini dilengkapi dengan skrin sesentuh Uconnect 8.4 inci dengan fungsi navigasi, MP3 dan USB, tempat duduk balutan kulit upholstery bersama jahitan merah, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, zon berkembar penghawa dingin kawalan automatik, roda stereng balutan kulit, bumbung matahari dan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras dengan lapan cara.

Selain itu, ia turut menampilkan Selec-Speed Control (sama seperti kawalan penurunan bukit) dan Selec-Terrain dengan lima pelarasan kawalan cengkaman termasuk mod Rock..

Untuk memantapkan lagi pengendaliannya, Cherokee disokong oleh suspensi topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan mulit-link pada belakang. Bagi aspek keselamatan pula, ia ditampilkan dengan tujuh beg udara, ESC, Hill Start Assist dan Trailer Sway Control.

CherokeeTrailHawk_Ext_13

Ditawarkan tidak kurang daripada 10 warna termasuklah Brilliant Black Crystal Pearl, True Blue Pearl dan Bright White.

Diimport sepenuhnya dari US, Jeep Cherokee Longitude berharga RM348,889 dan Trailhawk pula RM338,889 (harga atas jalan tanpa insurans). Pembelian SUV ini turut ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Layari CarBase.my untuk spesifikasi penuh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq