Indonesia naikkan harga petrol mulai tengah malam tadi

By  |  0 Comments

Petrol pump

Belum pun sebulan mengetuai tampuk kepimpinan Indonesia, Presiden republik berkenaan, Jokowo telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak Rp2,000 (55 sen) semalam. Sekali gus menjadikan petrol premium kini dijual pada harga Rp8,500 (RM2.33) seliter dan diesel Rp7,500 (RM2.06) seliter. Harga baharu ini berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.

Menurut laporan yang disiarkan oleh Harian Metro, Jokowi turut berkata, sebagai cara untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan, pihak kerajaan akan menyediakan kad bantuan khas iaitu Kad Keluarga Sejahtera, kad Indonesia Sihat dan Kad Indonesia Pintar.

Di mana dengan adanya kad itu, rakyat berpendapatan rendah dapat menggunakannya untuk menjaga daya beli serta meningkatkan ekonomi produktif.

Seperti sudah mengagak akan ada rakyat yang memberontak mengenai pengumuman ini, Jokowi berkata pihaknya mengalu-alukan pandangan daripada rakyat.

Dalam masa yang sama, puluhan penunjuk perasaan daripada Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) dilaporkan telah menyekat laluan di Jakarta Pusat sebagai memprotes keputusan kerajaan yang menyebabkan berlaku kesesakan lalu-lintas serius dari arah Tugu Tani menuju Cikini dan Jalan Diponegoro.

Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.

Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.

Bukan setakat Indonesia sahaja yang berdepan dengan masalah subsidi minyak di Asia, ini termasuklah India dan juga Malaysia yang brdepan dengan tekanan untuk mengekalkan subsisi yang tinggi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *