Honda HR-V telah dilancarkan di Thailand

By  |  0 Comments

Honda-HR-V-Thailand-360-0034

Pada Ogos yang lalu, Indonesia telah mengesahkan model Honda HR-V bakal memasuki pasaran negara berkenaan tidak lama lagi. Baru-baru ini pula, negara jiran kita, Thailand, telah pun melancarkan model SUV crossover ini.

Buat masa ini, ia hanya menawarkan satu varian iaitu 1.8L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear automatik Design Shift CVT. Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 141 PS pada 6,500 rpm dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm, lebih kurang sama dengan model Civic 1.8.

Honda-HR-V-Thailand-360-0022

HR-V ini menggunakan platform yang sama dengan model di bawah segmen-B termasuk City dan Jazz, namun memiliki ukuran jarak roda yang lebih panjang iaitu 2,610 mm (iaitu 10 mm lebih panjang berbanding dengan sedan dan 80 mm dari model hatchback). Ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 215/55.

Walau pun dengan satu varian enjin tersebut, Honda Thailand menawarkannya dengan tiga gred iaitu S, E dan EL. Bagi model standard iaitu Gred S, ia ditawarkan dengan Ultra Seats, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, brek parkir elektrik, butang mod ECON, lampu belakang LED, unit kepala dengan skrin sesentuh bersaiz lima-inci, butang kawalan sesentuh-sensitif secara automatik bagi penyaman udara, ABS, EBD, Hill Start Assist, Isofix, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan dua beg udara.

Honda-HR-V-Thailand-0010

Bagi Gred E pula, ia dilengkapi dengan lampu utama LED bersama lampu pencahayaan siang, pedal penukar gear, kawalan kelajuan, unit kepala dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci dan Advance Touch, SIRI dan integrasi telefon bimbit pintar, dua USB port dan HDMI port serta enam pembesar suara (hanya empat untuk Gred S).

Manakala untuk spesifikasi tertinggi, Gred EL pula, banyak elemen yang nampak mewah turut ditampilkan termasuklah bumbung panoramik, lampu belakang LED “tube style”, kekemasan dalaman piano black dan enam beg udara.

Honda-HR-V-Thailand-360-0027

Honda Thailand turut menawarkan pakej tambahan Modulo, termasuklah kit badan, gril yang sedikit berlainan, rim aloi bersaiz 18 inci dengan dua ton. Selain itu, ia juga didatangkan dengan perumah cermin sisi yang lebih bergaya, front fender garnish, boot sill protector dan pelindung cermin.

HR-V ini dijual pada harga bermula 890,000 baht (RM90,922) untuk S, 975,000 baht (RM99,609) bagi gred E dan gred EL pula berharga 1.045 juta baht (RM106,761). Manakala warna kerangka yang ditawarkan ialah Alabaster Silver, Crystal Black Pearl, White Orchid Pearl, Ruse Black Metallic dan Morpho Blue Pearl.

Jika ada yang tertanya-tanya, bila pula model HR-V ini memasuki pasaran Malaysia, menurut sumber, mungkin ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *