Chevrolet lanjutkan kempen jualan akhir tahun

By  |  0 Comments

Malibu_Ext_17

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi jenama Chevrolet di Malaysia telah melanjutkan kempen jualan akhir tahun jenama ini sehingga 31 Disember 2014.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat NAZA, Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, model Chevrolet mempunyai reputasi yang baik daripada segi keselamatan, keselesaan dan prestasi. Bagi pihak NAZA, penganjuran kempen ini bukan setakat untuk meningkatkan jualan, bahkan mahu memberikan pilihan kenderaan yang turut menampilkan elemen keselamatan terbaik buat rakyat Malaysia.

Antara Chevrolet yang terlibat di dalam kempen ini termasuklah Captiva, Colorado, Cruze, Orlando, Sonic dan terbaharu, Malibu. Di mana setiap pembelian dan pendaftaran mana-mana model tersebut sepanjang kempen ini akan didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma (atau 60,000 km, mana yang tiba terlebih dahulu) selama tiga tahun termasuklah bagi alat ganti, minyak enjin dan khidmat buruh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *