Mitsubishi Red Peak Challenge serbu Sarawak & Sabah pula

By  |  0 Comments

The Mitsubishi Red Peak Challenge in Kota Kinabalu, Sabah

Setelah menjelajah beberapa lokasi di sekitar Semenanjung Malaysia, kini tibalah pula giliran jentera lasak Mitsubishi 4×4 untuk beraksi di Sarawak dan Sabah pula.

Mitsubishi Red Peak Challenge yang diinspirasikan daripada Pikes Peak International Hill Climb Challenge 2014 menyaksikan aksi penuh lasak yang dipacukan bersama jentera Mitsubishi 4X4 merentasi pelbagai corak jalan yang penuh rintangan dan cabaran.

Beberapa lokasi terpilih di sekitar Sarawak dan Sabah akan menjadi saksi kehebatan barisan jentera ini beraksi iaitu bermula 14 November lalu sehingga 15 Mac akan datang. Antara jentera yang terbabit termasuklah Triton, Pajero Sport dan ASX yang diyakini tahan lasak.

Screen Shot 2014-11-17 at 12.36.36

Bagi meraikan kejayaan di dalam Pikes Peaks International Hill Climb Challenge 2014, acara memandu mendaki bukit sejauh 20km yang digelar “Race to the Clouds” juga akan dilaksanakan, sebagai tribute kepada kejayaan pasukan Mitsubishi Motors.

Selain itu, jentera Mitsubishi terbabit juga akan merentasi pelbagai cabaran termasuklah laluan securam 45 darjah, mendaki “sky ramp” setinggi 25 kaki dan sebagainya.

Mitsubishi Triton VGT Red Peak Limited Edtion

Pada pelancaran Red Peak Challenge ini juga, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut memperkenalkan model Triton VGT Red Peak edisi terhad. Model eksklusif Triton VGT ini turut didatangkan dengan stiker kerangka edisi terhad Red Peak, rim aloi Matte-Black, dan rekaan baharu tempat duduk balutan kulit dengan kekemasan berwarna merah. Ia ditawarkan pada harga RM114,550 untuk Sabah dan RM114,640 di Sarawak. Model edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam 10 unit sahaja untuk Malaysia Timur.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *