MINI 5-Pintu dilancarkan di Malaysia – Cooper S berharga RM238,888

By  |  0 Comments

mini-5-door-launched-ik-2 702

Satu lagi model MINI tiba di pasaran Malaysia, kali ini giliran MINI 5-Pintu dengan varian Cooper S yang dilancarkan pagi tadi.

Memiliki ukuran 4,005 mm panjang, 1,727 mm lebar dan 1,425 mm tinggi serta 2,567 mm jarak roda, MINI Cooper S 5-Pintu ini lebih 161 mm panjang dan 11 mm lebih tinggi berbanding dengan model MINI hatchback tiga-pintu yang baharu. Malah ia juga memiliki 77 mm lebih ruang kaki, dan lebih 15 mm untuk ruang kepala berbanding dengan model tiga-pintu.

mini-5-door-launched-ik 666

Malah ruang kargonya juga ditingkatkan menjadi 278 liter iaitu lebih 67 liter berbanding model MINI 3-Pintu. Jika tempat duduk belakang yang boleh dilipat secara 60:40, ia memberikan kapasiti sehinggi 941 liter keseluruhan bagi ruang kargo yang membolehkan lebih banyak barangan dimuatkan.

Bagi varian kedua MINI generasi ketiga ini, elemen standard yang ditampilkan termasuklah LED sepenuhnya bagi lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang, lampu pencahayaan siang LED, Kawalan Jarak Parkir belakang, rim aloi 17-inci dua tona Roulette Spoke yang dibaluti tayar 205/45, serta lampu dan bilah pengilap cermin automatik.

Bahagian kabinnya, terdampar tempat duduk upholstery balutan kulit Cross Punch Carbon Black dengan tempat duduk sports untuk pemandu dan penumpang hadapan. Malah ia juga dihiasi dengan kekemasan garisan krom untuk bahagian kabin dengan material Anthracite pada bahagian bumbung. Menambahkan lagi sifat sporty, pemilihan material kulit JCW bagi balutan untuk roda stereng dan pedal penukar gear dengan jahitan berwarna merah.

mini-5-door-launched-ik-2 682

Selain itu, ia turut menampilkan MINI Connected bagi integrasi telefon pintar, skrin paparan bersaiz 6.5 inci MINI Visual Boost dengan lima kawalan utama iDrive-style serta MINI Excitement.

Dijanakan oleh enjin B48 2.0 liter empat-silinder turbo, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 192 hp dan tork 280 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Sport enam-kelajuan yang membolehkan jentera ini dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 6.8 saat sahaja. Malah ia juga boleh dipacu dengan kelajuan maksimum sehingga 230 km/j.

mini-5-door-launched-ik-2 677

MINI 5-Pintu ini juga dikatakan mampu menggunakan bahan api secara efisien iaitu 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 129g per km, dengan adanya sistem auto start-stop. Ia juga menawarkan enam beg udara sebagai aspek keselamatan standard.

Ditawarkan dengan 11 warna kerangka termasuklah warna eksklusif bagi MINI 5-Pintu ini iaitu Electric Blue. Malah pembeli juga boleh memilih jaluran berwarna putih atau hitam untuk bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan juga bonet.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari UK, MINI 5-Pintu ini ditawarkan pada harga atas jalan RM238,888 (tanpa insurans) yang turut didatangkan dengan program MINI Service Inclusive iaitu waranti selama tiga tahun atau 50,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq