Peugeot Drive2Win umum pemenang bertuah

By  |  0 Comments

DSC_0061

Selepas berlangsung selama 11 minggu dengan enam siri, pagi ini telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi pemenang utama peraduan Peugeot Drive2Win. Bertempat di pusat pameran Peugeot, Glenmarie, Shah Alam, seramai tujuh pemenang telah diraikan dan menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George.

Subash A/L Loganathan telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dan berjaya membawa pulang sebuah Peugeot RCZ yang bernilai hampir RM250,000 apabila dia berjaya menewaskan tiga orang pencabar terdekatnya.

Pemenang pertama pula dimenangi oleh Abdul Razak Hassan yang memenangi seunit MacBook Air, manakala tempat kedua pula jatuh pada Steven Ng Chong Wey yang membawa pulang Sony XPeria Z2 dan ketiga, Ng Chin Wei menerima baucer membeli-belah bernilai RM500.

DSC_0047

Pemenang-pemenang terbabit adalah antara peserta yang menghantar borang penyertaan selepas memandu uji model Peugeot kegemaran mereka. Pemenang dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif.

Dalam peraduan yang sama, kategori ‘Selfie’ turut dipertandingkan. Ia dimenangi oleh Yap Siew Yee sebagai pemenang tempat pertama yang membawa pulang dua unit GoPro Hero 4. Diikuti oleh San Mun Shaik ditempat kedua yang menerima Samsung Galaxy S5 dan kamera digital Canon pula dimenangi oleh Muhammad Luqman Kassim Ali.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *