Penguatkuasaan nombor plat tidak mengikut peraturan mengundang kontroversi

By  |  0 Comments

Malam tadi, bertambah kecoh di laman media sosial apabila ada pihak yang memaparkan surat pekeliling yang didakwa diedarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada semua cawangan negeri bagi memaklumkan penangguhan operasi yang melibatkan nombor plat tidak mengikut peraturan. Namun begitu, penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retrofit) dan lampu Strobe diteruskan.

InfoKereta.com cuba mendapatkan kesahihan surat ini dari salah seorang ketua cawangan JPJ, namun beliau enggan mengulas lebih lanjut dengan mengatakan ia di luar bidang kuasanya untuk mengesahkan perkara ini.

Penguatkuasaan nombor plat tidak mengikut peraturan ini mengundang kontroversi dan menjadi viral di laman media sosial apabila ada pihak yang telah memanipulasi kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad dengan mengaitkan
‘kadar kematian akibat kemalangan jalan raya dengan nombor plat yang tidak mengikut peraturan itu’.

Menerusi semakan InfoKereta.com pada sumber berita semasa, Ismail ada memaklumkan operasi bermula 1 November lalu, bertumpu kepada pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran, lampu strobe dan lampu HID yang diharap dapat mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Semalam, akhbar Sinar Harian (versi online) turut melaporkan, kenyataan tersebut sebenarnya disalah tafsir oleh pengguna jalan raya, menurut Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Wan Ramli Wan Daud.

Katanya, dalam kajian yang dijalankan oleh pihak JPJ dan pihak polis, punca sebenar kemalangan kebanyakannya daripada sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, menggunakan telefon bimbit semasa pemanduan dan mengambil alkohol ketika memandu.

Bertambah hangat lagi apabila ada pihak yang mempertikaikan penggunaan nombor plat yang tidak mengikut peraturan oleh menteri dan timbalan menteri. Akhbar yang sama turut melaporkan, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, menggesa menteri dan timbalan menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

Katanya lagi, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap ‘double standard’ dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu. Malah beliau turut menunjukkan dua keping foto kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri yang menggunakan nombor plat mengelirukan.

Pagi ini BERNAMA pula melaporkan, JPJ menjelaskan operasi penguatkuasaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan yang bermula pada 1 November lalu, adalah bagi memudahkan pihaknya mengesan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya.

JPJ dalam satu kenyataan berkata berikutan pelbagai pandangan dan kritikan berhubung operasi penguatkuasaan itu, pihaknya berkata nombor pendaftaran kenderaan merupakan medium kawalan keselamatan kepada tujuh kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan dan kematian.

JPJ turut menambah penguatkuasaan ini dijalankan secara menyeluruh tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak dan anggotanya turut diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang serta tidak terkecuali daripada tindakan jika didapati bersalah.

Pada 8 November yang lalu, Ismail telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penilaian semula keberkesanan operasi khas tersebut. Katanya, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kesahihan mengenai perkara ini, sama ada ia ditangguhkan atau pun diteruskan. Kita nantikan sahaja kenyataan rasmi dari pihak berkenaan mengenai isu ini.

Berikut merupakan penjelasan JPJ mengenai Operasi Penguatkuasaan Nombor Pendaftaran Kenderaan (seperti mana yang disiarkan menerusi laman media sosial rasminya malam tadi):

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq