JPJ sahkan tiada penjawat awam beli nombor plat “BMW” untuk kenderaan mewah

By  |  0 Comments

Plate-number-BMW

Laporan BERNAMA pagi ini menyebut, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini dimaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa tiada penjawat awam yang menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dengan abjad “BMW” untuk kenderaan mewah.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tiada kuota dan keistimewaan diberi untuk penjawat awam, sebaliknya senarai pemilik plat untuk kenderaan mewah itu melibatkan kerabat diraja dan menteri kabinet.

“Namun kita telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendedahkan senarai itu walaupun mereka berpandangan, nama itu perlu dirahsiakan kerana sensitiviti.

JPJ juga ambil maklum bahawa senarai itu akan didedahkan jika terdapat arahan dari pihak tertentu malah mereka tiada masalah untuk mendedahkannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC bersama JPJ di bangunan Parlimen di sini semalam.

PAC memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013 yang antara lain menyentuh kelewatan jabatan itu dalam membuka kertas siasatan berkaitan penguatkuasaan dan sistem MYSikap.

Dilaporkan wujud kekecohan di media sosial baru-baru ini apabila senarai pemilik nombor pendaftaran istimewa ‘BMW’ didedahkan hingga segelintir masyarakat mempersoalkan kredibiliti dan identiti pemiliknya.

Jelas Nur Jazlan, PAC dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan berhak dan layak mendapat tujuh nombor pendaftaran istimewa dan khas.

“Manakala Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (dua nombor), menteri serta timbalan menteri satu nombor secara percuma sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” katanya.

Nur Jazlan berkata JPJ turut memaklumkan bahawa adalah terpulang kepada individu seperti yang dinyatakan untuk menggunakan nombor khas dan istimewa itu untuk tujuan rasmi mahupun peribadi.

Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya berpuashati dengan penjelasan JPJ mengenai segala isu yang dibangkitkan dan percaya agensi itu akan mengambil langkah sewajarnya dalam memantapkan perkhidmatan dan penguatkuasaan mereka kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq