JPJ akan dipanggil berhubung kontroversi tender penjualan nombor kenderaan

By  |  0 Comments

Plate number BMW

Laporan BERNAMA hari ini menyebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya.

Menurut Nur Jazlan, tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan sentiasa menjadi isu dalam kalangan rakyat sehingga memberi persepsi negatif kepada kerajaan dan pemiliknya.

“Justeru, adalah lebih baik JPJ melalui Kementerian Pengangkutan memberi maklumat berkenaan kepada PAC, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kegusaran pada rakyat,” katanya.

Beliau berkata PAC memang bercadang memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dalam LKAN tersebut ia tidak membabitkan tender pembelian nombor kenderaan, sebaliknya isu lain seperti kelewatan dalam membuka kertas siasatan serta MYSikap.

“PAC akan mengambil peluang untuk turut bertanyakan mengenai proses serta prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan,” katanya.

Kontroversi ini timbul semalam selepas JPJ mendedahkan kejayaan bidaan yang membabitkan nombor plat BMW yang antara senarai tertingginya dinamakan sebagai ‘Anggota Pentadbiran Kerajaan’. Menurut laporan yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, nama terbabit tidak dinyatakan bagi mengelakkan tanggapan negatif daripada orang ramai.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, bidaan bagi BMW 1, BMW 2, BMW 7, BMW 9 dan BMW 10 adalah berbayar, namun pembida tertinggi tersebut tidak disebutkan nama sebenarnya, hanya digelar ‘Anggota Pentadbiran Kerajaan’. Malah jumlah bayaran juga tidak didedahkan oleh pihak JPJ.

Ismail juga berkata, ini merupakan SOP JPJ dan pihaknya tidak memiliki sebarang niat buruk untuk menyembunyikan maklumat ini. Sebaliknya mahu mengelakkan sebarang spekulasi dan keraguan berhubung perkara ini. Asalkan pembida tersebut memiliki wang dan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan nombor tersebut, ia sudah memadai.

Nombor plat BMW mula dibuka bidaan dari 14 hingga 28 Ogos yang lalu. Antara pembida yang berjaya meraih nombor yang digemari ialah Datuk Lee Chong Wei yang membida sehingga RM97,777 untuk mendapatkan BMW 6. Manakala Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan pula telah membida sehingga hampir RM340,000 untuk mendapatkan dua nombor plat iaitu BMW 8 dan BMW 11.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq