Kastam & JPJ kongsi maklumat trafik

By  |  0 Comments

e-vehicle-system-labuan-093

BERNAMA melaporkan, Jabatam Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertukar maklumat mengenai kenderaan berpendaftaran Labuan dengan saman, kompaun dan cukai tertunggak.

Sistem dalam talian berusia lima bulan, e-Vehicle akan digunakan untuk mengesan pengguna kenderaan dan mereka yang mengelak membayar cukai daripada meninggalkan pulau bebas cukai itu.

Sistem itu dengan maklumat lengkap pengenalan pemilik kenderaan kini digunakan dalam memantau pergerakan kenderaan di luar Labuan.

Pengarah Kastam Labuan Wasimin Daiman berkata, sistem itu terbukti berkesan dalam mengesan kenderaan yang telah dibawa ke Sabah, Sarawak ataupun semenanjung melebihi tempoh 90 hari yang dibenarkan dalam setahun.

“Sekarang, kami mahu mengadakan kerjasama rapat dengan JPJ dalam perkongsian maklumat kenderaan berpendaftaran Labuan dengan duti eksais tertunggak dan daripada JPJ untuk menyalurkan maklumat kenderaan yang terdapat saman dan kompaun tertunggak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketua JPJ Labuan, Ilias Abdullah berkata, kerjasama itu tepat pada masanya dan telah dibincangkan dalam mesyuarat sebelumnya dan akan dibawa dalam mesyuarat seterusnya di Sarawak sebelum hujung tahun ini.

“Kerjasama ini membolehkan kami mengurangkan jumlah pesalah trafik yang menyeleweng, mengelak daripada membayar tunggakan kepada kerajaan. Kami tidak melihat masalah dalam kerjasama dan perkongsian maklumat,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq