Honda CR-Z masih dijual di Malaysia – Harga baharu RM183k (MT) & RM188k (CVT)

By  |  0 Comments

CR-Z-new-price-01

Disebabkan tiada pengumuman baharu dilakukan oleh pihak kerajaan mengenai insentif cukai bagi kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik (EV) yang diimport ke negara ini (unit CBU), maka secara automatiknya harga bagi kenderaan itu mengalami peningkatan mendadak.

Sebelum ini, UMW Toyota telah mengumumkan harga baharu bagi kenderaan hibridnya iaitu Prius C yang menjangkau RM153,170, Prius (antara RM216,400 hingga RM230,916) dan Lexus CT 200h (dari RM256,885 menjadi RM325,324).

Kini giliran Honda pula mengumumkan harga baharu bagi model CR-Z yang masih dijual di pasaran Malaysia. Model CBU yang diimport dari Jepun ini kini berharga RM183,000 bagi manual dan RM188,000 untuk automatik CVT. Ia merupakan harga atas jalan berserta insurans, seperti yang dipaparkan menerusi laman web rasmi Honda Malaysia.

CR-Z-new-price-02

Jika dilihat pada senarai harga yang dipamerkan ini, ternyata ia mengalami peningkatan yang cukup besar iaitu antara RM64,000 ke RM65,000 berbanding dengan harga lama iaitu RM119,000 (manual) dan RM123,000 (automatik) ketika ia dilancarkan pada Februari 2013.

Di mana harga baharu ini meliputi cukai import sepenuhnya dan pengecualian duti eksais, selepas cukai insentif kenderaan hibrid CBU di bawah 2.0L tamat pada 31 Disember 2013, seperti mana yang diumumkan menerusi NAP 2014. Kini insentif bagi kenderaan hibrid dan EV hanya untuk model pemasangan tempatan (CKD) seperti Mercedes-Benz S 400 L Hybrid.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *