Pelan rasionalisasi subsidi bahan api bakal diumumkan beberapa minggu lagi

By  |  0 Comments

RON95

Selepas mengumumkan bahan api RON 95, diesel dan LPG tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengatakan bahawa mekanisme atau pelan rasionalisasi subsidi bahan api akan diumumkan tidak lama lagi.

Namun laporan BERNAMA baru sahaja menyiarkan kenyataan daripada Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang mengatakan pelan rasionalisasi ini telah pun lengkap dan PM bakal mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang.

“Subsidi untuk kenderaan komersial akan diimplementasikan terlebih dahulu dan disusuli oleh kenderaan penumpang,”katanya selepas pembentangan Bajet 2015 Jumaat lalu.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad pernah berkata, rasionalisasi subsidi diesel dijangka bakal diimplementasikan bermula Januari 2016, manakala bagi petrol pula akan dilaksanakan dua ke tiga bulan selepas itu.

Mekanisme baharu ini bagi memastikan subsidi yang boleh diperoleh bagi pengguna yang benar-benar layak sahaja dan untuk mengelakkan penyelewengan bahan api semakin berleluasa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *