Malaysia bakal bina jalan getah pertama menjelang pertengahan 2015

By  |  0 Comments

ASXdrive37

Menurut laporan yang disiarkan oleh News Straits Times, Malaysia bakal membina jalan getah pertama pada Jun 2015 ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan, beberapa buah negara telah mula mengelidik mengenai pelbagai kegunaan getah terutamanya dalam bidang pembinaan. “Sesetengah negera berkenaan telah menggunakan getah asli untuk pembinaan jalan raya. Malaysia juga bakal mengikut jejak langkah yang sama.”

Sebelum ini Thailand pernah menjalankan ujian dengan menggunakan 3.3 tan matrik getah asli bagi setiap kilometer pembinaan jalan raya getah. Keputusan ini telah menunjukkan bahawa walau pun kos permulaan yang agak tinggi, namun penyelenggaraan jangka panjangnya adalah lebih rendah berbanding dengan jalan bertar biasa.

Sebagai persediaan, Douglas telah mencadangkan untuk menggantikan lebih kurang 50,000 hektar kebun getah yang melebihi usia 20 tahun. Malah kerajaan juga telah mengal-alukan langkah oleh pelbagai persatuan pengeluar getah di Thailand, Indonesia dan Malaysia untuk tidak menjual getah di bawah harga US$1.50 (RM4.88) bagi setiap kilogram.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *