BAJET 2015 : RON 95 & diesel tidak akan dikenakan GST

By  |  0 Comments

RON95

Bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, kerajaan juga bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) diberikan pelepasan GST. Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sangat komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi terutamanya subsidi petroleum. Kini, lebih RM21 bilion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan LPG.

Kesannya, peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion tahun 2002 kepada RM23.5 bilion tahun 2013 semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada tahun 2013.

Namun demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengatakan bahawa pelaksanaan rasionalisasi subsidi petroleum hanya akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Nampak gayanya bahan petrol RON97 akan dikenakan GST!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *