Toyota Prius+ 2015 versi Euro terima suntikan minima

By  |  0 Comments

Toyota Prius+_02

Toyota sudah bersedia untuk memperkenalkan model Prius+ yang telah diberi penambah baikan (facelift) bagi pasaran Eropah tidak lama lagi. Malah ia juga merupakan satu-satunya model hibrid tujuh tempat duduk di benua tersebut.

Model facelift ini hanya menerima sedikit sahaja suntikan baharu iaitu imej hadapan yang telah direka semula termasuk kehadiran gril hadapan dengan lampu utama LED, serta gril bawah trapezoidal yang dilengkapi dengan kekemasan hitam metalik.

Malah lampu pencahayaan siang LED juga turut diubah reka, selain turut ditampilkan dengan lampu belakang kombinasi, air intake dan bampar yang dibina sekali dengan peresap.

Toyota Prius+_01

Prius+ spesifikasi Euro ini juga bakal tampil dengan dua warna kerangka luaran yang lebih segar iaitu Dark Sherry Metallic dan Attitude Black Mica. Sementara itu, pada bahagian dalamannya pula menerima tona warna perak gelap metalik terutamanya pada butang kawalan penghawa dingin.

Selain itu, model ini juga turut tampil dengan pemegang pintu dan corong udara pada bahagian tengah konsol krom, skrin paparan TFT bersaiz 4.2 inci dan butang kawalan pada roda stereng.

Toyota Prius+_2

Prius+ 2015 versi Euro ini juga dikatakan telah diberi penambah baikan bagi pengendalian dan pemanduannya dengan meningkatkan daya redaman (damping force). Bukan itu sahaja, Toyota juga telah memasang material pemati bunyi yang baharu pada bahagian tepi sisi kompartmen belakang. Malah penjana kuasa hibrid model ini juga telah menepati standard emisi Euro 6.

Dijanakan oleh enjin 1.8 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 99 hp, Prius+ ini juga digabungkan dengan motor elektrik serta pek bateri lithium-ion dengan tambahan kuasa 81 hp. Malah kombinasi ini juga boleh menjana kuasa sehingga 136 hp serta membuatkan jentera ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 11.3 saat. Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 165 km/j. Malah ia juga membabitkan penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu sekitar 4.1 liter bagi setiap 100 km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *