Mercedes-Benz memperkenalkan model facelift bagi B-Class 2015

By  |  0 Comments

Mercedes-Benz B-Class_5

Kini giliran model facelift B-Class 2015 diperkenalkan oleh Mercedes-Benz di Paris Motor Show 2014. Tidak banyak perubahan yang ditampilkan, melainkan gril hadapan yang diberi suntikan baharu dan kehadiran lampu pencahaan siang yang bersambung pada kluster lampu utama.

Untuk pilihan yang lebih menarik, pelanggan juga boleh memilih model B-Class yang turut dilengkapi dengan lampu utama LED berprestasi tinggi tetapi ia tidak disertakan pada versi Electric Drive.

Mercedes-Benz B-Class_3

Pada bahagian belakangnya pula, kehadiran lampu belakang LED bersama bampar yang diberi penambahbaikan yang disambung pada paip ekzos turut menyerlahkan lagi gaya barisan model B-Class ini.

Model asas B 180 dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 122 PS dan tork 200 Nm dan model B 200 pula menghamburkan kuasa 156 hp dan 250 Nm.

Mercedes-Benz B-Class_22

Manakala model B 220 4MATIC pula dipadankan dengan enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa 184 hp dan tork 300 Nm, serta model B 250 juga menggunakan enjin yang sama tetapi berupaya memuntah kuasa 211 hp dan tork 350 Nm.

Barisan model yang menggunakan enjin diesel sumber daripada Renault iaitu B 160 CDI pula dipadankan dengan enjin 1.5 liter serta mampu menghasilkan kuasa 90 hp dan 240 Nm. Bagi model B 180 CDI pula turut menggunakan enjin yang sama tetapi boleh menjanakan kuasa sehingga 109 hp dan 260 Nm.

Model B 200 CDI pula diberi enjin 2.1 liter dengan kuasa 136 Hp dan 300 Nm, dan B 220 CDI lebih padu menyalurkan kuasa 177 Hp dan 350 Nm dengan enjin yang sama.

Mercedes-Benz B-Class_12

Beralih pula pada model B-Class Electric Drive, ia menghasilkan kuasa 180 Hp dan 340 Nm dengan motor elektrik yang mampu memacu jentera ini daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 7.9 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 160km/j.

Dengan pek bateri lithium-ion 28 kWh bercas penuh, jentera ini boleh dipacu sejauh 137 km dan anda perlu mengecasnya semula dalam temph dua jam untuk pergi sehingga 96 km.

Barisan model B-Class 2015 ini bakal dipasarkan di Jerman pada 29 November ini dengan harga bermula €27,102.25.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *