Maserati Ghibli Ermenegildo Zegna Edition sungguh mewah

By  |  0 Comments

Maserati12

Antara jentera mewah yang turut dipamerkan di Paris Motor Show 2014 ialah model konsep Maserati Ghibli Ermenegildo Zegna Edition yang dibina berdasarkan model Ghibli S Q4.

Tahun lalu, Maserati menayangkan model konsep Quattroporte Ermenegildo Zegna di Frankfurt Motor Show dan, kali ini giliran Ghibli Ermenegildo Zegna Edition pula ditampilkan.

Maserati11

Di mana model konsep ini juga dicat dengan warna unik Azzurro Astro pada bahagian kerangka serta penampilan rim aloi Urano bersaiz 20 inci dengan kekemasan Liquid Metal.

Maserati8

Malah perubahan yang lebih signifikan sudah tentu jelas bertebaran pada bahagian kabin, di mana jalinan usaha sama antara Maserati dan Ermenegildo Zegna menampilkan suntikan gaya yang penuh kemewahan dan serba elegan. Dengan kombinasi fabrik sutera asli dua tona warna serta komposisi dual-material pada bahagian tempat duduk penumpang bersama material sutera anthracite Zegna.

Bukan itu sahaja, Ghibli ini juga ditampilkan dengan material kulit Poltrona Frau bersama sutera micro-chevron serta jahitan tangan paten micro-chevron bagi tetulang tepi tempat duduk.

Selain itu, elemen eksklusif lain yang turut ditampilkan termasuklah dekorasi dalaman dengan gentian karbon berkilat, karpet warna black matte, dan tiang luaran bahagian tengah dengan plat “Ermenegildo Zegna Edition”.

Ghibli Ermenegildo Zegna Edition dikuasakan oleh enjin turbo-berkembar V6 yang mampu meledakkan kuasa sehingga 410 hp dan tork 550 Nm. Jentera mewah ini mampu mencecah kelajuan maksimum segingga 284 km/j. Serta mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 4.8 saat!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *