Volkswagen XL Sport dipadankan dengan enjin Ducati!

By  |  0 Comments

VW_XL_SPORT_1

Jika model XL1 ingin tampil sebagai kenderaan yang memiliki penjimatan bahan api paling efisien, XL Sport dari jenama yang sama iaitu Volkswagen (VW) ditampilkan dengan enjin dua silinder yang paling berkuasa.

Suatu kejutan yang agak luar biasa apabila VW mengambil keputusan untuk memadankan model XL Sport ini dengan enjin Ducati 1199 Superleggera iaitu 1.2 liter Superquadro V2. Ia mampu meledakkan kuasa sehingga 197 hp yang membolehkan jentera ini dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/h dalam hanya 5.7 saat. Bukan itu sahaja, jentera ini juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingg 270km/j.

VW_XL_SPORT_9

Enjin 1199cc ini juga mampu meledak sehingga 11,000 rpm, dan ia turut dipadankan dengan kotak gear DSG klac-berkembar tujuh-kelajuan.

Bagi sistem brek, ia dilengkapi dengan pasangan brek seramik yang mampu memberikan kuasa pemberhentian terbaik.

VW_XL_SPORT_22

Ia juga ditampilkan dengan rim aloi-magnesium bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar berprestasi tinggi 205/40 R18 dan 265/35 R18. Bukan itu sahaja, panel kerangkanya juga diperbuat daripada gentian karbon yang diperkukuhkan dengan plastik (CFRP).

Bagi mendapatkan pengambilan udara yang mencukupi dengan tambahan kuasa aerodinamik, jentera ini telah mengalami banyak perubahan pada bahagian luaran kerangkanya. XL Sport lebih panjang dan lebih lebar berbanding XL1 untuk menampilkan karakter yang lebih berdinamik. Ia berukuran 4,291 mm panjang (+403mm berbanding XL1), 1,847 mm lebar (+183 mm) dan 1,152 mm tinggi (-1mm) serta jarak rodanya 2,424 mm (+200mm). Manakala beratnya pula ialah 890 kg.

Jentera ini sedang dipertontonkan di Paris Motor Show 2014 dan pastinya ia berjaya menarik perhatian ramai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq