Perodua bakal bina masjid & pusat penjagaan harian kanak-kanak

By  |  0 Comments

Masjid 1 (2)

Semasa menghadiri sesi pandu uji eksklusif Axia pada 28 Ogos yang lalu, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh turut teruja bercerita tentang perancangan pihaknya untuk membina masjid serta pusat penjagaan harian dan tadika untuk anak-anak kakitangannya.

Katanya, sebelum ini kakitangan yang ingin menunaikan solat Jumaat khususnya, terpaksa pergi ke masjid-masjid yang terdapat di sekitar Rawang. Jadi untuk menambahkan lagi kemudahan buat kakitangannya, Perodua bakal mendirikan sebuah masjid di tapak seluas empat ekar.

Begitu juga dengan pusat penjagaan harian dan tadika untuk anak-anak kakitangannya yang terletak di sebelah masjid tersebut dan dibina di atas kawasan seluas 2.7 ekar. Masjid dan pusat penjagaan harian ini terletak bersebelahan dengan litar uji Perodua. Kedua-duanya menelan kos pembinaan sejumlah RM20 juta dan dijangka siap pada suku keempat tahun hadapan.

Menurut Aminar, masjid ini bukan sekadar untuk kegunaan para kakitangannya, malah ia turut dibuka untuk masyarakat setempat.

Taska 1 (2)

Manakala bagi pusat penjagaan harian dan tadika pula, ia disediakan untuk anak-anak kakitangan Perodua dari bayi sehingga berusia 12 tahun dan ia mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang kanak-kanak dalam satu masa. Malah pusat ini akan dikendalikan oleh pihak yang terlatih dan Perodua masih meneliti calon terlibat.

“Perodua sangat peka dan prihatin dengan keperluan kakitangan kami. Malah pusat penjagaan kanak-kanak ini dibina untuk memudahkan para kakitangan menghantar anak-anak mereka sewaktu masa bekerja. Jadi mereka tidak perlu terkejar ke sana ke mari semata-mata untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka untuk diasuh. Ini juga menjimatkan masa mereka selain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan masing-masing,”ujar Aminar.

Tambahnya lagi, bagi pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika ini, Perodua akan memberi subsidi sebahagian daripada yuran bagi membantu meringankan beban kewangan kakitangannya.

Dalam majlis pecah tanah yang berlangsung semalam, Perodua turut menyumbangkan sebanyak RM17,500 yang diagih-agihkan kepada lima buah masjid bagi persediaan sempena sambutan hari raya Aidil Adha pada Ahad ini.

Group photo cheque hand over

Sebelum ini, Aminar juga pernah brkata, Perodua sedang mencari tapak yang bersesuaian untuk membina kawasan perumahan dan kaunters bagi kakitangannya. Di mana rumah yang bakal dibina itu akan dijual kepada para kakitangannya dengan harga yang berpatutan.

Malah, Perodua juga bakal membina kompleks sukan bagi kemudahan para kakitangannya beriadah selepas waktu kerja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *