Bajet 2015 Dijangka Selari Dengan NAP – MAI

By  |  0 Comments

madani-wm

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari, Bajet 2015 yang bakal diumumkan pada 10 Oktober ini dijangka sejajar dengan aspirasi Dasar Automotif Nasional (NAP).

Kenyataan yang telah disiarkan oleh BERNAMA ini juga menyebut segmen automotif dalam Bajet 2015 akan datang harus selaras dengan NAP. Di mana fundamental pelaksanaan harus disentuh dalam bajet dan meliputi faktor-faktor seperti prasarana, pekerja mahir, rantaian bekalan dan pembangunan teknologi.

NAP yang menumpukan kepada inisiatif hijau, pembangunan teknologi dan modal insan, pengembangan pasaran dan pengukuhan ekosistem industri automotif, menyaksikan kedua-dua syarikat kereta nasional, Proton dan Perodua, menerajui tindak balas industri.

Mempertaruhkan Iriz, kereta standard global itu dipercayai akan membantu Proton menguasai bahagian pasaran automotif yang lebih besar dengan harga kompetitif dan ciri-ciri teknologi inovatif.

Dianggap sebagai kereta terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Proton, Iriz dipasang dengan enjin pemasaan injap berubah empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 bagi menjadikannya cekap bahan api dan efektif dari segi kos.

Malah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab bagi kenderaan cekap tenaga (EEV), Perodua juga muncul dengan model baharu, Axia.

Kereta itu merupakan EEV pertama Malaysia dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model terbaharu itu merupakan kereta paling cekap bahan api syarikat itu dan boleh dipandu sehingga 21.6 kilometer seliter, memiliki ruang yang luas dan tampil dengan ciri-ciri unik Malaysia di samping harga yang mampu milik.

Sementara itu, pengeluar kereta global lain mengharapkan lanjutan insentif bagi kenderaan elektrik dan hibrid.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Alan Harris berkata kenderaan elektrik yang masih boleh dikategorikan sebagai teknologi baru ditemui perlu diberikan insentif untuk berada dalam pasaran Malaysia.

Di mana kenderaan elektrik juga memerlukan insentif dalam bentuk lanjutan pengecualian duti atau bagi cukai. Terdapat insentif dalam bajet sebelum ini NAP 2014 yang menetapkan bahawa hanya kenderaan dipasang tempatan akan mendapat insentif.

Pengeluar kereta gergasi Jerman lain, Mercedes-Benz, juga berharapkan insentif bagi kenderaan hibrid dilanjutkan.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd Kai Schlickum pula berkata, kerajaan mengambil langkah penting dalam hala tuju yang betul dengan NAP memberikan insentif kepada hibrid yang dipasang tempatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *