Perodua Axia dipandu uji kali kedua di trek ujian!

By  |  27 Comments

Perodua_Axia_paultan-850x528

Kurang dari sebulan lagi Perodua bakal melancarkan model baharunya iaitu Perodua Axia. Biar pun belum dilancarkan dan periciannya masih menjadi rahsia (walau banyak foto-foto spyshot tersebar di laman media sosial), model ke-10 Perodua ini telah pun menerima kira-kira 7,500 unit tempahan (data sehingga hari ini) setelah membuka tempahan mulai 15 Ogos lalu.

Kenderaan cekap tenaga (EEV) Malaysia yang pertama ini menawarkan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance (AV). Malah ketika Perodua mengumumkan harganya, agak menguja kerana ia bermula dengan harga yang cukup rendah iaitu antara RM24,900 hingga RM45,300. Ia juga didatangkan dengan waranti selama lima tahun iaitu konsep pertama yang ditawarkan oleh Perodua.

Menurut COO Perodua, Zahari Hussin, satu kejutan yang Perodua terima di mana rekod menunjukkan model asas iaitu Standard E mengungguli tempahan buat masa ini. Tidak seperti model-model Perodua yang lain seperti Alza facelift yang dilancarkan pada 10 Januari lalu di mana varian spesifikasi tertinggi iaitu Advance menerima tempahan tertinggi.

Hari ini, Info Kereta diberi peluang secara eksklusif (bersama empat rakan media lain) untuk memandu uji Axia sekali lagi. Jika pada 19 Ogos lalu, peluang memandu uji model kompak ini hanya dalam tempoh lebih kurang lima minit di Maeps, Serdang. Rasanya hanya 20 peratus sahaja perkongsian yang boleh diceritakan berkenaan dengan ulasan pandu ujinya.

Namun kali ini, lebih bertuah kerana berpeluang memandu ujinya di trek ujian Perodua yang terletak di kilang Perodua, Sg.Choh, Rawang. Dan tambahan lagi 30 peratus yang boleh dikongsikan mengenai pandu uji Axia.

Walau bagaimana pun, mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak boleh berkongsi foto-foto Axia secara terperinci kerana ia masih embargo, atas permintaan Perodua sendiri.

Kami diberi peluang memandu uji tiga varian Axia iaitu Standard A/T, SE M/T dan AV A/T.

Axia dijanakan oleh enjin 1KR-DE2 tiga-silinder yang berkapasiti 1.0 liter 12-injap DOHC. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 49 kW pada 6,000 rpm dan puncak tork 90 Nm pada 3,600 rpm. Dilihat daripada sudut mekanikal, enjin ini menampilkan prestasi yang cukup sederhana dan boleh dikatakan berpadanan dengan Axia.

perodua-axia-engine-bay

Penulis tidak melihat kekurangan pada enjin ini kerana jika anda mengharapkan kuasa prestasi yang lebih tinggi, lebih baik anda memilih sebuah kenderaan yang memang menawarkan kapasiti enjin yang lebih besar.

Ketika memandu ujinya di trek ujian Perodua, ketika melalui jalan yang lurus lebih kurang 700 meter, Axia mampu dipecut sehingga 140km/j iaitu kelajuan maksimum yang dicatatkan di dalam spesifikasi mekanikalnya. Malah penulis cuba ‘menjejak’ kelajuan tersebut, dan ternyata ia hampir berjaya tetapi memandangkan trek jalan lurus agak pendek, jadi percubaan itu ‘terbantut’.

Ketika pedal pendikit dipijak lebih untuk mendapatkan kelajuan yang diingini, penulis mendapati enjin Axia tidak perlu kerahan tenaga yang berlebihan. Ia masih bertindak sederhana namun tidak menghampakan untuk mempamerkan prestasi yang berpadanan.

Melalui jalan yang berbukit (lebih kurang sama kondisinya dengan jalan berbukit di Jelapang, Ipoh,Lebuh Raya Utara-Selatan dan di lebuh raya Karak), enjin tidak terasa ‘tersengguk-sengguk’ seperti ketandusan tenaga hingga terpaksa menagih simpati pemandu menurunkan gear. Sebaliknya dengan gear empat (bagi manual) dan gear D (bagi auto), Axia masih gigih merentasi jalan sebegitu, tetapi dalam kelajuan yang sederhana.

Namun bagi NVH (atau ‘Bunyi bising, gegaran dan kekasaran’) Axia, ia agak sedikit ketara, malah begitu terasa ketika dalam kelajuan sedikit tinggi. Ngauman enjinnya juga seperti diserap masuk ke dalam kabin, menganggu sedikit konsentrasi pemanduan.

Axia standard

Berkenaan dengan transmisinya pula, Axia beruntung kerana dipadankan dengan transmisi baharu bagi kotak gear automatik empat-kelajuan. Di mana ia ternyata lebih lancar berbanding dengan transmisi bagi Myvi, Viva dan model Perodua yang lain. Malah kesan pertukaran gearnya juga tidak begitu dirasai. Pertukaran gear juga cukup lancar, tidak seperti model Viva (khususnya) yang agak lambat pertukaran gearnya (terutamanya gear 2 ke 3). Bonus tambahan buat Perodua kerana berjaya menghasilkan transmisi automatik baharu ini.

Namun bagi transmisi manual lima-kelajuan, kotak gearnya masih sama seperti model Perodua yang lain. Semasa pandu uji ini, kami diberikan model pra-produksi, di mana ada sedikit kelemahan yang dirasai pada transmisi manual. Pertukaran gear antara 2 ke 3 seperti ‘teragak-agak’. Tetapi tiada masalah dalam menaikkan gear daripada 3-4-5 atau menurunnya.

Difahamkan Perodua telah mengenal pasti punca pemasalahan ini dan sedang mengatasinya bagi model produksi untuk pasaran. Klac bagi varian manual juga lembut dan tidak ada masalah langsung.

Satu lagi pujian yang layak diterima oleh barisan jurutera Perodua ialah pemilihan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) yang bertepatan. Ia membantu memudahkan lagi pengendalian Axia. Terasa sterengnya bersifat ‘mesra’ dengan pemandu, sangat mudah untuk dikendalikan. Ketika melayan selekoh di trek ujian Perodua, penulis dapat merasakan kawalan stereng yang cukup responsif.

Namun ketika membuat pusingan U, putaran sterengnya terasa ‘agak perlahan’ (tetapi bukan terasa berat), membuatkan penulis terpaksa memulasnya untuk bertindak lebih responsif. Namun untungnya Axia kerana ia dicipta dengan radius pusingan yang kecil iaitu sekitar 4.5m. Jadi ia seakan ‘menyembunyikan’ kekurangan respons stereng sewaktu membuat pusingan U.

Malah ketika memandu Axia di jalan yang berselekoh dan menurun bukit dalam kelajuan antara 70 ke 80km/j, kestabilannya masih terasa mantap. Malah ketika melalui selekoh yang menuruni bukit, penulis sengaja tidak menurunkan kelajuan sebaliknya masih kekal dengan 80km/j. Terasa ia masih kekal stabil biar pun berkerangka kecil.

Apa yang boleh penulis simpulkan berkenaan dengan pandu uji Axia ini, ia sebuah jentera yang mudah dikendalikan dengan prestasi kuasa yang sederhana dan berpadanan dengannya.

Perodua_Axia_1.0_G_1

Sedikit sahaja yang boleh dicerita mengenai luarannya di mana model Standard E dan Standard G telah dipadankan dengan reka bentuk bampar aerodinamik, tayar bersaiz 14 inci (rim keluli bagi Standard E dan rim aloi untuk Standard G). Manakala bagi varian SE dan AV pula, reka bentuk bamparnya lebih sporty dengan skirt sisi kekemasan krom, spoiler belakang dan rim aloi bersaiz 14 inci .

Bagi rekaan dalamannya pula, ia menampilkan balutan fabrik bagi tempat duduk bagi kedua-dua Standard E dan G, serta radio AM/FM dengan pemain CD dan WMA untuk Standard G. Sayangnya standard E tidak disertakan dengan sistem audio.

Manakala bagi kabin varian SE, ia dilengkapi dengan tempat duduk separa-lekuk (semi-bucket) balutan fabrik dan radio AM/FM dengan pemain CD dan WMA, MP3, port USB serta fungsi Bluetooth. Varian AV pula dipadankan dengan tempat duduk separa-lekuk (semi-bucket) balutan kulit dan dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi.

Perodua-Axia

Bagi aspek keselamatan pula, hanya varian SE dan AV sahaja dilengkapi dengan ABS, EBD dan BA serta lapisan pelindung keselamatan dan solar. Axia juga baru saja diumumkan secara rasmi telah menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP semalam.

Konklusi (buat setakat ini) mengenai Axia, ia sememangnya jentera yang menepati cita rasa dan kehendak rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja jentera EEV yang bersifat mesra alam, pakej tambahannya juga menampilkan lebih ruang dalaman termasuk ruang kargo yang lebih besar (berbanding Myvi) iaitu 260 liter (mampu memuatkan empat bagasi bersaiz sederhana di dalamnya). Malah ruang kaki pada tempat duduk belakang juga sangat memuaskan dan selesa.

Pakej tambahan kedua ialah Axia menampilkan penjimatan bahan api yang begitu efisien (dengan mod ECO) iaitu 21.6km per liter bagi varian manual dan 20.1km per liter untuk automatik.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid yang turut menyertai media selepas sesi pandu uji, mengatakan Axia diproduksi bertepatan dengan empat garis utama yang ditetapkan oleh Perodua iaitu mesra alam, ruang luas untuk kereta kompak, pemanduan mudah dan ekonomik daripada segi kos pemilikan. Malah Axia turut dianggap sebagai transformasi terbaharu bagi Perodua.

“Walau pun berkongsi platform dengan Daihatsu Agya dan Ayla, namun Axia sebenarnya diberi reka bentuk yang serba baharu. Bukan itu sahaja, pembangunannya juga baharu dan melibatkan barisan jurutera dan pereka bentuk Perodua yang terdiri daripada anak tempatan. Pendek kata, Axia memang dibangunkan untuk menepati cita rasa rakyat Malaysia. Bukan seperti dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Perodua hanya sekadar memasang model Axia di sini. Tetapi hakikatnya, Perodua membina sendiri Axia, hanya menggunakan platform yang sama dengan dua model Daihatsu tersebut. Sejujurnya, saya sangat berbangga dengan barisan tenaga kerja Perodua kerana berjaya membangunkan model seperti ini,”ujar Aminar.

Sewaktu uji pandu ini juga, pihak media turut diberi penerangan berhubung dengan trek ujian Perodua ini. Ketika ini, trek tersebut sedang diperluaskan dengan pelbagai lagi bentuk jalan mengikut spesifikasi dan keadaan jalan raya di Malaysia. Trek ujian sepanjang 2.6km ini dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 2014 berakhir. Dengan kos berjumlah RM50 juta, trek ujian yang dikendalikan oleh jabatan R&D Perodua ini menepati keadaan jalan raya di Malaysia. Di mana antara 15,000 hingga 16,000 kenderaan baharu Perodua diuji di trek ini dalam tempoh sebulan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

27 Comments

  1. hajah rogayah

    August 29, 2014 at 3:36 pm

    Akak bangga dengan kereta baru ini. Akak yakin kepimpinan BN tidak jemu berusaha menurunkan harga kereta. Beza dengan pembangkang dimana hrga kereta di kelantan tidaklah murah pun jika dibanding KL. Rakyat berterima kasih pada pemimpin.

    • Own

      August 29, 2014 at 5:42 pm

      Akak ok ke? dah pergi check doktor?

    • Ecka

      August 29, 2014 at 7:07 pm

      Wakaka,,, troll kak gayah buat saya gelak walaupun tengah xde Mood

    • Thanks

      August 29, 2014 at 10:23 pm

      Akak rogayah….bangangnya komen tu!!! Utk pengetahuan kak gayang, kepimpinan pusat yg tentukan harga kereta…kalau nk komen dan melibatkan politik tu pastikan letak tahap bangang tu ke tepi dulu ya…saya rasa akak ni la pemandu yg selalu jd sampah atas jalan raya tu…

    • zuc

      August 29, 2014 at 10:35 pm

      Wraaghhhh kahhh…kahhh…. kahhh….

    • Seventhree

      September 1, 2014 at 3:09 am

      Gayah oii..terlebih minum ayo ketum ker..xde der harga kete nak turun selagi be end dok menge pow cukai dr produa..

  2. captdierma

    August 29, 2014 at 6:15 pm

    Assalam Hajjah Rogayah…harga kereta bukan kerajaan negeri yg tentukan…banyakkan membaca sebelum mengeluarkan sebarang komen…

  3. Yuzz

    August 30, 2014 at 9:30 am

    Dah agak varian Standard E akan menjadi tumpuan pembeli, enjin 1,000cc pada harga murah, memang berbaloi..

  4. capper

    August 30, 2014 at 11:21 am

    Ak duk perati je org bangang mcm rogayah ni. Ade je kat mane2.

    *not sure if it is a troll.

  5. lazyf

    August 30, 2014 at 11:24 am

    Kak Gayah saje sarkastik tu…hahaha

  6. sagimin sakiman

    August 30, 2014 at 11:44 am

    Macam mana nak tempah ye…
    syarat pendapatan pula. …..macammana?

    • Izwaashura Sadali

      August 31, 2014 at 9:43 am

      Sila ke bilik pameran Perodua berhampiran untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

      • manje

        May 17, 2015 at 1:23 pm

        Hai…sy nk tanye utk axia standard G adakah betul kita order dulu?mksd sy, axia standard G auto klw nk beli no heave ready stock?

  7. jalil yusof

    August 31, 2014 at 5:16 pm

    kak gayah ni masih mamai kot…..tsk tau beza kuasa kerajaan pusat ngan kersjaan neggeri….belajo lagi kak gyah oii…kalu dlm umno mmg umno duka org bodoh cam kak gayah ni.

    ..keluar la kak gayah dari bawsh tempurong umno tu…..

  8. joileblues

    September 1, 2014 at 1:12 pm

    Kak hajah rogayah kena bli keta ni dan pergi wat haji..kut2 terbuka minda tu..

  9. joileblues

    September 1, 2014 at 1:13 pm

    Kak hajah rogayah kena bli keta ni dan pergi wat haji lagi..kut2 terbuka minda tu..

  10. amat

    September 22, 2014 at 2:09 pm

    pegi dh showroom. kecewa varian paling murah 25k tu kena tunggu smpi 8 bulan.. dia suh beli yg SE dgn advance.. dia kata kete 25k tu utk sekolah mandu jek.. kesimpulannya yg varian 25k tu hanya tarikan utk ke showroom saje.. tiada usaha pun dr salesman perodua utk entertain org cam saya utk beli varian paling murah ni..

    • Izwaashura Sadali

      September 22, 2014 at 3:51 pm

      Ada saudara amat cuba pergi ke showroom lain? Manalah tahu salesman showroom berkenaan just nak komisen lebih sebab tu dia suruh beli SE or AV… Sebab kalau perkara ini benar, boleh report kat Perodua ni…

    • epol

      October 29, 2014 at 11:17 pm

      betul…..aku sokong tp aku dh call perodua rawang (hq dia).aku complain kaw2 dgn saleman perodua ne,ape guna klu kuar model e tp bg se keatas….aku pon nk try booking model e smpai dapat…xkisah kene tgu 1 tahun pon aku sggup…bukan urgent sgt pon…ape2 pon hati2 dgn saleman perodua ne…hak pengguna (pembeli) kene utamakan…

      • zulkefli hanafi

        November 28, 2014 at 10:36 am

        Memang ada pun saleman yg mcm tu.Dia rekoman yg mahal je pasal nak komisen lebih.bila tanya yg murah ada je alasannya.

      • manje

        May 17, 2015 at 1:27 pm

        Perodua mn nk report erk?

        • Izwaashura Sadali

          May 17, 2015 at 6:38 pm

          Saudara sudah rujuk mana-mana cawangan bilik Perodua berhampiran?

  11. nizan arshad

    October 3, 2014 at 11:10 am

    Dah book…tunggu loan jer…SE menarik minat setakat ini. Korang ?

  12. abdulhakim

    May 9, 2015 at 9:59 pm

    Apabila Axia terlalu mahal, anda bisa melirik Ayla dari Indonesia. OTR MSporty Rp.120.000.000,- (May 2015)

  13. brenda

    March 1, 2016 at 11:00 am

    nak tanya ni, kalau keta baru saja ambil dari showroom pastu bawa balik kampung perjalanan tu ada naik turun bukit, boleh pakai terus ke kereta axia 1.0 SE? atau atak boleh? atau kalau boleh pakai ada tak effect kereta tu nanti contohnya dari segi engine dan gear? selepas tu kalau masa nak naik bukit boleh tak guna
    gear L3?

  14. brenda

    March 1, 2016 at 11:02 am

    ada yang kata kereta tu tak boleh bawa naik tutun bukit kalau baru, dan ada yang kata boleh.. tengah bingung ni, hari tu dah bawa balik kampung tapi macam menyesal plk bawa balik kampung pasal takut ada efek.

    kelajuan kereta baru nak bawa sampai berapa ya? 80km ok kah

  15. jefry

    August 12, 2018 at 8:40 pm

    perodua axia g spec hebat, cantik…taoi kereta saya dah accident and nak order barangan gear up front bumper skirt and chrome grill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *