Proton Iriz sedia dieksport ke negara luar tidak lama lagi

By  |  0 Comments

Iriz_Ext_04

selepas pelancaran Proton Iriz pada 25 September yang lalu, Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengatakan bahawa dalam tempoh enam bulan ini, Proton akan memberikan tumpuan pada pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum menembusi pasaran eksport luar negara.

Menurut Tun M, Iriz mungkin akan memasuki pasaran eksport ke United Kingdom terlebih dahulu sebelum ke Australia dan negara Eropah yang lain.

Iriz_etc_06

Sebelum ia bersedia memasuki negara berkenaan, Proton haruslah memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pasaran sana termasuklah penukaran pemanduan sebelah kanan ke bahagian kiri.

Semalam Proton telah mempertontonkan model konsep Iriz Active yang turut ditampilkan dengan sistem ADAS iaitu sistem brek kecemasan autonomi.

Kemungkinan besar sisitem ini turut diadaptasikan untuk model pasaran eksport terutamanya di Eropah, di mana ia amat diperlukan bagi memenuhi standard piawaian undang-undang jalan raya di negara berkenaan. Malah ia juga membolehkan model berkenaan menerima pengiktirafan lima bintang daripada Euro NCAP bagi ujian keselamatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *