Proton PCC terima pengiktirafan 5 bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

By  |  0 Comments

Proton-PCC-crash-test

Tinggal sejam lagi detik pelancaran Proton PCC bakal berlangsung di kilang Proton yang terletak di Proton City, Tanjung Malim. Bagi menambahkan debaran sementara menantikan pelancarannya, ini ada satu berita yang agak penting untuk dikongsikan bersama.

Baru-baru ini ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian pelanggaran yang melibatkan Proton PCC ini. Di mana model terbaharu Proton ini telah menerima pengiktirafan lima bintang dengan memperolehi markah sebanyak 14.07 bagi ujian Pelindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan empat bintang (82%) bagi ujian Pelindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

Varian PCC yang diuji itu memiliki Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan dua beg udara, manakala varian spesifikasi tertinggi pula memiliki enam beg udara.

Menurut ASEAN NCAP, Proton telah menetapkan satu trend terbaharu untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat. Ini merupakan kali ketiga Proton menerima pengiktirafan lima bintang bagi AOP selepas Preve dan Suprima S. Malah Proton juga telah mengimplementasikan ESC untuk semua varian PCC bagi menambahkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap ciri-ciri keselamatan yang ada pada model berkenaan.

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_020

Melalui laporan yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 malam tadi, Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad turut meletakkan harapan yang tinggi terhadap model PCC ini. Katanya, PCC memiliki elemen keselamatan yang diyakini dan ia boleh dikatakan setaraf dengan model kenderaan lain yang lebih tinggi harganya. Beliau yang telah menayang PCC ini di khalayak ramai pada 14 September lalu di Pavilion KL juga berkata model ini memang sangat berbeza dan jauh lebih berkualiti berbanding model Proton sebelum ini.

Ok nantikan entri InfoKereta.com seterusnya mengenai pelancaran Proton PCC ini. Lintas langsung dari Proton City!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *