Proton Compact Car : Tun M bikin kejutan!

By  |  1 Comment

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_020

Suasana pagi Ahad yang disulami hujan renyai seakan mengiringi kejutan yang dilakukan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang memandu sendiri Proton Compact Car (PCC)/Iriz dan memarkirnya di perkarangan Pavilion, KL. Wah! Nampak gayanya sebelum 11 hari menjelang hari pelancaran rasminya, Tun M sendiri mengambil keputusan untuk ‘merasmikannya’ sendiri untuk tatapan orang ramai yang berada di kawasan persekitaran.

Turut mengiringi Tun M ialah CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_015

Melihat kelibat PCC ini, ternyata ia kelihatan lebih besar berbanding dengan model pesaingnya iaitu Perodua Myvi. Nampak lebih panjang dan lebih lebar. Model yang dipandu oleh Tun M ini ialah varian Premium 1.6 iaitu spesifikasi tertinggi.

Warna Citrus Green benar-benar menambat pandangan mata, dan model ini jelas kelihatan dibaluti kit badan lengkap termasuk dengan kehadiran lampu pencahayaan siang (DRL) LED serta rim aloi bersaiz 15 inci.

Manakala bahagian belakangnya, spoiler besar yang sedikit bersegi menonjolkan lagi sisi sporty model ini.

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_014

PCC ini hanya ‘ditayangkan’ buat seketika di perkarangan Pavilion sebelum ia akan ‘diselimut’ semula, jadi tak dapatlah nak rakamkan foto dalamannya.

Bakal dilancarkan pada 25 September ini di kilang Proton, Tanjung Malim, PCC ditawarkan dengan lapan varian bersama tujuh warna pilihan. Varian yang bakal ditawarkan ialah 1.3 Standard (MT/AT), 1.3 Executive (MT/AT), 1.6 Executive (MT/AT) dan 1.6 Premium (MT/AT).

Pilihan warnanya pula ialah Silver Moon Dust, Citrus Green, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue, Tranquility Black dan Proton White.

Laman web BetulBetulOnz juga telah mengumumkan tempahan bagi Proton PCC/Iriz ini telah pun dibuka. Jadi bagi yang berminat untuk membuat tempahan, silalah berkunjung ke mana-mana bilik pameran Proton berhampiran di seluruh negara. Harganya? InfoKereta.com akan hebohkan pada entri seterusnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *