Honda Civic facelift untuk pasaran Eropah – Ada varian Civic Sport!

By  |  0 Comments

Civic1

Sempena dengan Paris Motor Show 2014 ini, Honda turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model facelift bagi Civic. Walau bagaimana pun model ini hanya untuk pasaran Eropah sahaja. Kita kat Malaysia ni cuma dapat jamu mata sajalah…

Ok. Apa yang menarik pada Civic versi facelift ini?

Varian Civic dan Civic Tourer ini tampil dengan bampar hadapan yang baharu serta lampu utama yang telah direka semula termasuk dengan adanya lampu pencahayaan siang (DRL). Civic hatchback pula bergaya dengan bampar belakang yang baharu, skirt sisi yang direka semua, spoiler belakang berwarna hitam dan lampu belakang LED.

Civic10

Kalau imej luaran sudah gempak, takkanlah pula rekaan kabin biasa-biasa saja kan. Walau pun hanya melibatkan perubahan yang sedikit namun dengan adanya pemenang pintu krom, kekemasan hitam metalik dan tempat duduk balutan kulit upholstery yang telah dipertingkatkan, maka agak menyerlah imej sporty pada kabinnya.

Bukan itu saja, Civic ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan Honda Connect termasuk skrin paparan bersaiz tujuh inci dan juga sistem operasi Android versi 4.0.4.

Civic11

Hah! Apa lagi yang menarik dengan Civic ini? Ia juga bakal ditawarkan dengan varian paling gempak iaitu Civic Sport yang hadir dengan bampar hadapan lebih sporty, mesh grille dan rim aloi bersaiz 17 inci yang tampil dengan rekaan unik. Model ini mungkin akan didatangkan dengan enjin diesel 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa 120 PS atau pun enjin petrol 1.8 liter dengan kuasa maksimum 142 PS.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *