Audi TT & TT S Roadster 2015 bikin hati tertawan

By  |  0 Comments

Audi21

Mahu memeriahkan lagi Paris Motor Show 2014, Audi juga bakal memperkenalkan dua model baharu iaitu Audi TT dan TT S Roadster 2015 di pentas automotif berkenaan.

Seperti mana Coupe, model Roadster juga mengadaptasikan imej penuh sporty pada bahagian luarannya termasuklah menampilkan bumbung fabrik yang boleh dilipat secara elektronik yang boleh didapati dengan warna hitam atau kelabu titanium. Bumbung tersebut boleh dibuka dan ditutup dalam hanya 10 saat serta boleh beroperasi ketika jentera bergerak dalam kelajuan 50 km/j. Malah bumbung ini yang turut menggunakan material aluminium dan magnesium mampu menjimatjan berat sehingga 3kg berbanding dengan model sebelumnya.

Pengurangan berat bagi jentera ini juga disumbangkan oleh penggunaan material aluminium dan komponen yang memiliki kekuatan ultra-tinggi serta diproduksi berdasarkan platform MQB. Model TT 2.0 TFSI hanya memiliki berat 1,320 kg.

TT Roadster akan dipadankan dengan enjin dua pengecas turbo empat-silinder. Model 2.0 liter TFSI boleh menjanakan kuasa sehingga 230 PS dan tork 370 Nm. Manakala model 2.0 liter TDI pula boleh menghasilkan kuasa sehingga 184 PS dan tork 380 Nm.

Bagi model TT S pula, ia dilengkapi dengan enjin 2.0 liter TFSI pengecas turbo empat-silinder yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 310 PS dan tork 380 Nm. Malah jentera ini boleh dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 4.9 saat sahaja. Manakala kelajuan paling maksimum yang boleh direkodkan ialah 250km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *