IIMS 2014 : Nissan X-Trail terbaharu dilancarkan di Indonesia

By  |  0 Comments

Nissan-X-Trail-IIMS-6

Pantas juga model baharu Nissan X-Trail memasuki pasaran Indonesia. Ia telah diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2014 baru-baru ini. Indonesia merupakan negara Asian pertama yang menerima generasi ketiga X-Trail yang dipasang di Cikampek, Jawa Barat ini. Malah Filipina juga bakal melancarkan model ini pada minggu hadapan.

X-Trail menampilkan design terbaharu yang dibangunkan oleh Nissan, dengan penampilan gril “V-Motion”, lampu hadapan yang lebih nipis, D-pillar, lampu belakang berbentuk C dan juga lengkuk pada kerangka yang lebih nampak menawan.

Nissan-X-Trail-IIMS-4

Manakala bagi bahagian dalamannya, ia kelihatan seperti kabin bagi Teana, perbezaannya cuma ia memiliki tiga barisan tempat duduk. Di mana tempat duduk barisan ketiga lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 2.0 liter (sama seperti Serena S-Hybrid) yang mampu menghasilkan kuasa 144 PS dan tork 200 Nm dan juga 2.5 liter MPI iaitu sama seperti Teana, yang boleh menjana kuasa 171 PS dan 233 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi XTronic.

Bagi semua varian, ia turut dilengkapi dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED, lampu utama automatik dan Active Ride Control. Manakala bagi varian 2.0 CVT, ada pertambahan elemen seperti lampu utama LED, bilah pengilap cermin automatik, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pelarasan tempat duduk hadapan secara automatik, Around View Mirror dan mod ECO. Manakala varian 2.5 pula ditambahkan dengan kawalan kelajuan, rim aloi bersaiz 18 inci (varian lain hanya 17 inci), tempat duduk balutan kulit dan penghawa dingin zon berkembar.

Nissan-X-Trail-IIMS-5

Bagi aspek keselamatannya, X-Trail versi Indonesia dilengkapi dengan beg udara berkemnar, ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Hill Start Assist, Active Trace Control dan ISOFIX. Tambahan bagi varian 2.5 yang turut dilengkapi dengan Active Engine Braking.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq