VW lancar enjin baharu 3.0 TDI untuk model facelift Touareg

By  |  0 Comments

VW_010

Pembikinan model facelift Volkswagen (VW) Touareg telah menyaksikan kehadiran enjin diesel baharu iaitu 3.0 liter TDI V6 (262 PS) yang menggantikan enjin lama 3.0 liter TDI (245 PS). Kehadiran enjin baharu ini membuatkan penggunaan bahan api bagi Touareg ini jatuh daripada 7.2L/100km ke 6.6L/100km. Manakala emisi CO2 direkodkan pada 176g bagi setiap kilometer.

VW_019

Enjin ini turut bekerjasama dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan yang secara tidak langsung memberikan lagi penjimatan bahan api yang lebih ketara.

Sebelum pengumuman enjin baharu ini dibuat, VW telah mengesahkan bahawa unit V6 diesel ini turut menerima kelebihan daripada catalytic convertor yang baharu dan ia sesuai untuk enjin yang mematuhi Euro 6.

VW_05

Malah SUV ini turut dilengkapi dengan coasting yang tidak disambungkan pada enjin daripada kotak gear ketika pecutan tidak berlaku. Ini memberikan kelebihan untuk mengurangkan lagi penggunaan bagan api.

VW Touareg TDI versi facelift ini bakal dipasarkan pada Oktober akan datang. Ia juga akan ditawarkan dengan pilihan suspensi udara dan servis dalam talian seperti trafik, Street View dan Google Earth.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq