Citroen memperkenalkan model konsep DS3 & DS3 Cabrio Ines de la Fressange Paris

By  |  0 Comments

DS3_10

Citroen turut merancang untuk membawakan dua model konsep DS3 dan DS3 Cabrio Ines de la Fressange Paris ke Paris Motor Show bulan hadapan. Bekerjasama dengan jenama fesyen terkemuka Ines de la Fressange Paris untuk mereka konsep bagi dua model DS ini, ternyata ia bertepatan dengan imej Paris yang terkenal sebagai kota fesyen dunia.

Model DS3 dibaluti warna satin Ink Blue dengan kekemasan Onyx Blue berkilat pada bahagian bumbung. Manakala DS3 Cabrio pula memilih warna Perla Nera Black berkilauan pada kerangkanya serta padanan warna Infinite Blue matte untuk bahagian bumbungnya.

DS3_8

Kedua-dua model konsep ini berkongsi rekaan roda yang sama iaitu umpama potongan berlian Aphrodite bersaiz 17 inci, perumah cermin pintu Ines Red, bersama lambang pada B-Pillar serta logo DS dengan lingkaran Innes Red.

Bagi hiasan dalaman kabin, warna-warna tersebut juga menjadi pilihan bagi kedua-dua model dengan kekemasan balutan kulit upholstery berwarna Granite Blue bersama jahitan putih.

DS3_2

Perehat kepala pula menampilkan signatur Aeropostale dan turut dilengkapi dengan alas kaki yang bersifat pelindung serta lambang dalam Ines Red pada papan pemuka.

DS3 dan DS3 Cabrio Ines de la Fressange Paris akan mula ditayangkan pada 4 Oktober ini iaitu pada hari pertama pembukaan Paris Motor show untuk orang ramai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *