Honda bakal tayang model prototaip Jazz di Paris

By  |  0 Comments

Jazz_prototaip_2

Sempena dengan Paris Motor Show 2014 yang bakal berlangsung awal Oktober ini, Honda akan melancarkan model prototaip Jazz. Ia memiliki persamaan rekaan dengan model sedia ada namun berukuran 15mm lebih panjang.

Malah Jazz ini juga akan dipadankan dengan sistem suspensi baharu bagi memberikan daya pengendalian yang lebih mantap dan selesa.

Jazz_Prototaip_1

Walau pun Honda masih belum mendedahkan perician sepenuhnya, namun telah mengesahkan Jazz ini akan dijanakan oleh enjin petrol 1.3 liter Earth Dream. Ia juga akan dipadankan sama ada dengan transmisi manual enam-kelajuan atau CVT.

Difahamkan model ini akan dijual di pasaran Eropah pada musim panas yang akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *