Mercedes-Benz Hap Seng Star Kinrara Autohaus dinaiktaraf dengan kos RM10 juta

By  |  0 Comments

Photo 1

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd bersama rakan niaga utamanya, Hap Seng Star Sdn Bhd telah membelanja sebanyak RM10 juta bagi menaiktaraf Kinrara Autohaus (HSS Kinrara). Penaiktaraf ini turut melayakkan HSS Kinrara Autohaus ini ditambah menjadi Mercedes-Benz Body and Paint Centre of Competence berbanding sebelum ini hanya Mercedes-Benz Global Service and Parts.

Sebagai pengedar pertama, menjadikan semua perkara diuruskan di bawah satu bumbung termasuklah pembaikan kenderaan yang mengalami kemalangan dan sebagainya.

Menurut Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, perkembangan rangkaian ini merupakan kunci utama bagi Mercedes-Benz Malaysia. Di mana jenama ini sangat menitik beratkan kecemerlangan perkhidmatan berbanding dengan jualan kenderaan. Ini termasuklah memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan.

Malah pelancaran semula Hap Seng Star Kinrara Autohaus ini juga dilihat sebagai contoh bukti erat yang terjalin antara Mercedes-Benz Malaysia dengan pihak pengedar bagi memberikan perkhidmatan yang bermutu dan cemerlang.

Terletak di No. 4, Jalan BK 1/14, Kinrara Industrial Park, pusat ini mempunyai keluasan sehingga 12,683 kaki persegi dan dikendalikan oleh 135 orang kakitangan. Ia juga mampu menampung 60 unit kapasiti bagi penyelenggaraan dalam sehari.

Selain menyediakan perkhidmatan memperbaiki dan mengecat badan kenderaan, HSS Kinrara Autohaus turut menempatkan ruang pameran kenderaan yang mampu mempamerkan 10 model dalam satu masa, perkhidmatan selepas jualan dan penyelenggaraan kenderaan. Bukan itu sahaja, ia turut menempatkan ruang menjual barangan cenderahati serta aksesori Mercedes-Benz.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *