Lotus tawar harga baharu

By  |  0 Comments

ExigeS05

Bagi anda yang berkemampuan dan teringin untuk memiliki kenderaan mewah Lotus, inilah masa yang paling sesuai untuk membelinya. Terkini, Lotus Cars Malaysia telah pun mengumumkan harga baharu bagi barisan modelnya termasuk Elise S, Exige S Coupe, Exige S Roadster dan juga Evora S.

Berikut merupakan harga atas jalan (tanpa insurans) baharu yang diumumkan bagi model-model Lotus :

Lotus Elise S – RM279,888 (sebelum ini RM332,200)
Lotus Exige S Coupe – RM405,777 (sebelum ini RM467,230)
Lotus Exige S Roadster – RM410,777 (sebelum ini RM452,030.00)
Lotus Evora S – RM475,999 (sebelum ini RM567,250)

Di samping harga baharu ini, Lotus turut menawarkan Waranti Pengilangan selama tiga tahun dan Pakej Servis & Penyelenggaraan Percuma selama dua tahun. Bukan itu sahaja, ia juga termasuk dengan pakej penyertaan percuma (hanya sekali sahaja) untuk pemiliknya menyertai Akademi Pemanduan Lotus. Di mana akademi ini dibangunkan untuk pemilik Lotus mengekplorasi keupayaan tahap keselamatan kenderaan Lotus serta mempertingkatkan lagi pengendalian serta kemahiran pemanduan dengan bimbingan instruktor Lotus yang berpengalaman.

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke Pusat 3S Lotus Cars Malaysia yang terletak di Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *