Perodua Axia terima tempahan 6,000 unit dalam tempoh 10 hari

By  |  0 Comments

Axia standard

Biar pun belum dilancarkan, namun promosi yang kian kencang membuatkan model terbaharu Perodua iaitu Perodua Axia telah pun laku bagai pisang goreng panas. Dalam tempoh 10 hari sahaja selepas dibuka tempahan sejak 15 Ogos yang lalu, Perodua Axia telah ditempah sebanyak 6,000 unit (data setakat 24 Ogos lalu).

Laporan dari BERNAMA yang memetik kenyataan Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, syarikat tidak meletakkan sasaran bagi jumlah tempahan yang dibuat oleh pengguna sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.

Walau bagaimana pun sambutan yang amat memberangsangkan ini dianggap sebagai suatu kejutan buat Perodua kerana Axia belum dilancarkan dan pengguna belum melihat kenderaan tersebut. Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit sebulan selepas pelancarannya.

Bakal melancarkannya pada bulan hadapan, Axia dijanakan oleh enjin 1KR tiga-silinder iaitu berkapasiti 1.0 liter 12-injap DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan tork 87 Nm pada 3,600 rpm.

Ia juga merupakan sebuah kereta kompak EEV yang bakal menepati cita rasa rakyat Malaysia, selain ditawarkan pada harga yang berpatutan, ia juga diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien.

Perodua Axia dijual pada harga antara RM24,900 hingga RM45,300 di Semenanjung Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *