Ford EcoSport cekap & bergaya – Berharga RM93k-RM104k

By  |  1 Comment

All-New Ford EcoSport Launch

Malam ini berlangsungnya pelancaran SUV baharu daripada segmen-B iaitu Ford EcoSport di Symphony Lake, KLCC.

Model yang dipasang di Thailand ini telah membuat penampilan pertama di peringkat Asia di Bangkok pada tahun lalu.

Untuk pasaran Malaysia, Ford EcoSport didatangkan dengan dua varian iaitu Trend yang berharga RM92,888 dan model yang lebih premium iaitu Titanium pula ditawarkan pada harga RM103,888.

EcoSport_ASEAN_exterior_008

Menurut Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman, pelancaran EcoSport serba baharu menjadi satu lagi bukti terhadap strategi transformasi berasaskan kepada jenama ini di Malaysia.

Di mana EcoSport menawarkan para pemandu dengan alternatif kepada kereta kompak yang mampu milik dan penuh inspirasi. Ia menjanjikan keseronokan, kebebasan dan keterujaan tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan.

Menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, mudah dikendalikan dan rangkaian ciri pintar, EcoSport sememangnya sebuah kenderaan yang tepat untuk pemanduan di bandar dan laluan-laluan yang mencabar. Malah turut tidak mengenepikan tahap keselesaan yang terbaik dan operasi yang lebih senyap.

EcoSport_ASEAN__EcoBoost_1point5_Engine_02 copy

SUV ini dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder global Ford berkapasiti 1.5 liter twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT). Ia mampu menjana kuasa sehingga 110PS dan tork puncak mencecah 142Nm.

Malah enjin tersebut turut dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam-kelajuan yang ultra efisien dengan ciri Select Shift untuk menawarkan penjimatan bahan api sehingga 15.4km/L dan emisi karbon dioksida 154g/km.

Mempertaruhkan pelbagai elemen yang pintar, EcoSport serba baharu ini menjanjikan pemanduan yang lebih seronok dengan pengendalian yang mantap.

EcoSport_ASEAN_interior_019

Antara elemen pintar tersebut ialah sistem ketersambungan di dalam kereta yang diaktifkan melalui suara iaitu Ford SYNC. Buat pertama kalinya di Malaysia, Ford SYNC boleh didapati dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu yang menyala selama beberapa saat selepas enjin kereta dimatikan (follow-me-home lights), Rear Parking Aid dengan Park Pilot dan cermin pandang belakang anti-silau yang mengelakkan pemandu menjadi silau akibat pancaran cahaya lampu kenderaan di belakang mereka.

Tambahan bagi varian EcoSport Titanium yang juga hadir bersama sistem kemasukan pintar tanpa kunci (Smart Keyless Entry) dengan butang Push Start Ford, penggilap cermin, lampu utama automatik, sistem penghawa dingin automatik zon tunggal dan bumbung suria.

Ecosport_Ext_07

Ia juga menampilkan balutan kulit untuk tempat duduk, tuil gear dan juga roda stereng. Malah ia juga tampil lebih sporty dengan rim aloi yang memiliki rekaan berlainan daripada varian Trend tetapi bersaiz yang sama.

Bagi varian Trend, ia dilengkapi dengan penghawa dingin manual, roda stereng dengan kawalan audio, tempat duduk fabrik dan rim aloi bersaiz 16 inci yang dibaluti tayar 205/60R 16.

Kelihatan kecil jika dilihat daripada pandangan luaran, namun EcoSport sebenarnya tidak ketinggalan di dalam memberikan keselesaan yang lebih optimum. Ini termasuklah tempat duduk belakang yang selesa.

Malah ruang kargonya juga cukup versatil. Apabila tempat duduk belakang dilipat ke arah kerusi hadapan, ruang but mencecah 705 liter, cukup besar untuk meletak sebuah mesin basuh. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40.

Back Cargo_RHD_V1_3_V1_SA_V2_ASEAN_1_lo

Selain ruang dalaman yang optimum, keselesaan penumpang juga sangat dititikberatkan. Ini termasuklah bagi sistem pendingin hawanya yang begitu efektif sehinggakan ia mampu menyejukkan kabin daripada 65 darjah selsius iaitu suhu luar kereta yang terbiar di bawah matahari pada suhu bawah 30 darjah selsius dalam tempoh hanya 10 minit.

Ford juga mendakwa kabin bagi jentera ini sangat senyap pada kelajuan tinggi. Di mana para jurutera Ford telah berusaha keras untuk mengurangkan bunyi bising, getaran dan kekasaran. Ia mencatat indeks artikulasi paling tinggi dalam kelasnya.

Indeks artikulasi berfungsi mengukur semudah mana penumpang boleh berbual di dalam kabin kenderaan. Keadaan ini membolehkan penumpang berbual tanpa perlu menguatkan suara, biarpun ketika kenderaan bergerak pada kelajuan mencecah 120km/j di atas lebuh raya.

Bukan itu sahaja, tahap kelegaan tanah setinggi 200 milimeter SUV urban ini juga bermakna para pelanggan tidak perlu bimbang ketika melalui bonggol dan lubang. Dengan kemampuan luar biasa mengharung air setinggi 550 milimeter, pemandu boleh memandu dengan yakin terutama ketika musim tengkujuh.

EcoSport_ASEAN_002

Bagi aspek keselamatan dan bantuan pemandu pula, EcoSport turut dilengkapi dengan stereng bantuan kuasa (EPS) dengan ciri Pull-Drift Compensation membantu pemandu mengurangkan tekanan memandu di bandar. Sama ada untuk memarkir di ruang sempit, menukar haluan di jalan yang sesak atau membuat pusingan U di ruang yang terhad.

Selain itu, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Hill Launch Assist turut disertakan.

Ciri-ciri lain bagi aspek keselamatan termasuklah ABS, Bantuan Parkir Kecemasan (EBA), Sistem Anti-Kecurian Pasif (PATS) dengan Pelumpuh Enjin, tali pinggang keledar pra regangan, teknologi Ford BeltMinder dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Sebagai tambahan, varian EcoSport Titanium dilengkapi tujuh beg udara sebagai standard, manakala bagi Trend pula hanya ditampilkan dua beg udara sahaja.

EcoSport serba baharu Trend didatangkan dalam tiga warna iaitu Candy Red, Midnight Sky dan Frozen White. Sementara varian Titanium pula hadir dengan warna Mars Red, Winning Blue, Midnight Sky dan Frozen White.

Seperti semua model kenderaan penumpang Ford yang ditawarkan di Malaysia, EcoSport serba baharu hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford untuk memberi ketenangan minda kepada pelanggan tanpa kos ekstra. ESP Ford adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut merangkumi penggantian beberapa alat ganti terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *