Tol percuma di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sempena Merdeka

By  |  0 Comments

LDP

Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi, tol percuma ini akan diberikan selama 24 jam bermula 12 tengah malam 31 Ogos ini hingga tengah malam hari berikutnya. Di mana ia melibatkan kesemua empat plaza tol di LDP iaitu di Penchala, Petaling Jaya, Puchong Barat dan Puchong Selatan.

Beliau turut berkata untuk Lebuhraya Sprint pula pihaknya akan memberikan diskaun sebanyak 20 sen untuk semua kelas kenderaan bagi tempoh yang sama semasa Hari Kemerdekaan itu nanti.

Pada masa yang sama, syarikat pengendali dan penyelenggara lebuh raya tol Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn Bhd (KESTURI) turut memaklumkan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) juga akan memberikan diskaun kadar tol sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.

Pengurus Besar Operasi KESTURI, Ong Chee Keong, berkata diskaun kadar tol itu adalah sebanyak 10 peratus untuk semua kelas kenderaan sama ada tunai atau elektronik di ketiga-tiga plaza tol lebuh raya itu. Diskaun tersebut akan dilaksanakan mulai 30 Ogos ini iaitu bermula pukul 11.59 tengah malam sehingga keesokan harinya iaitu pada pukul 12 tengah malam.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq