Perodua Axia – EEV yang mudah dikendalikan

By  |  8 Comments

Axia standard

Selepas sesi pra-pengenalan Axia kepada pihak media yang berlangsung petang semalam, Info Kereta juga berpeluang memandu uji dua varian Axia iaitu Standard E (transmisi manual 5-kelajuan) dan SE (transmisi auto 4-kelajuan) dalam tempoh lima minit bagi setiap satu daripadanya. Jadi sukar juga untuk membuat ulasan yang lebih terperinci mengenai sesi pandu uji ini. Malah perician yang dikhabarkan kepada pihak media juga masih embargo sehingga hari pelancarannya kelak.

lagi-axia-3

Apa yang boleh Info Kereta katakan, Perodua Axia ini merupakan sebuah kereta kompak EEV yang bakal menepati cita rasa rakyat Malaysia, selain ditawarkan pada harga yang berpatutan, ia juga diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien.

Axia dijanakan oleh enjin 1KR tiga-silinder, iaitu enjin yang sama yang digunakan oleh model Ayla untuk pasaran Indonesia yang dikeluarkan oleh Daihatsu. Enjin berkapasiti 1.0 liter 12-injap DOHC ini mampu menghasilkan kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan tork 87 Nm pada 3,600 rpm.

Malah difahamkan enjin dan transmisi yang dipadankan untuk Axia ini adalah serba baharu dan merupakan yang pertama kali digunakan untuk barisan model Perodua. Dan Info Kereta juga mendapati kedua-dua transmisi yang digunakan lebih lancar berbanding dengan model Myvi atau Viva. Klac bagi transmisi manual juga agak lembut cuma tuil gearnya sedikit keras. Manakala transmisi automatik tiada masalah langsung.

perodua-axia-engine-bay

Perodua mendakwa Axia memiliki jejari pusingan sehingga 4.5 meter dan ini memudahkan pemandu untuk membuat pusingan U. Di dalam pandu uji ini, Info Kereta juga berkesempatan membuat pusingan U, ia memang mudah untuk dilakukan cuma putaran sterengnya agak ‘perlahan’, jadi harus ‘memaksanya’ bertindak lebih pantas dan responsif.

Perodua_Axia_1.0_G_1

Axia memiliki ukuran Axia 3640mm panjang, 1620mm lebar dan 1510mm tinggi, dan ternyata ia kelihatan lebih besar berbanding Viva. Dan memeranjatkan juga apabila ruang dalamannya juga lebih luas terutamanya untuk ruang kaki pada bahagian tempat duduk belakang serta ruang kargo yang lebih besar iaitu 260 liter berbanding dengan Myvi. Kagum kan!

Perodua Axia dijangka bakal dilancarkan pada awal September ini. Setelah membuka tempahan mulai 15 Ogos lalu, sebanyak 3,500 unit tempahan telah diterima (rekod setakat pagi 19 Ogos). Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid berkata, Perodua mensasarkan jualan sebanyak 30,000 unit Axia untuk tahun ini. Dan mengatakan kemungkinan besar varian spesifikasi pertengahan yang bakal lebih laris jika mengikut aliran tempahan model-model Perodua yang lain seperti Alza.

Malah buat setakat ini, Perodua belum membuat keputusan untuk mengeksport Axia ke negara lain kerana inigin memberikan tumpuan pada pasaran Malaysia terlebih dahulu. Axia sememangnya dibangunkan berdasarkan citarasa rakyat Malaysia biar pun ia berkongsi platform dengan Daihatsu. Namun menurut Aminar, imej Axia telah direka semula oleh barisan pereka dalaman Perodua sendiri bagi memenuhi citarasa tempatan, malah boleh dikatakan lebih baik berbanding dengan model Daihatsu sendiri.

AXIA-PRICELIST

Dengan harga yang ditawarkan, Perodua turut memperkenalkan waranti lima tahun untuk Axia. Jadi, ini memberi point yang lebih bermakna untuk anda fikirkan jika ingin membeli kenderaan baharu atau pun kenderaan kedua. Axia patut berada dalam senarai pilihan!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

8 Comments

  1. Ahmat Juhairi

    August 21, 2014 at 6:31 pm

    Memang menarik kereta ini, cuma yang standard E itu kurang sangat, sampai radio pun tiada, apa lagi speaker, agaknya

  2. Syaiful Nizam Hassan

    September 4, 2014 at 3:51 pm

    Rekabentuk luaran (hadapan dan sisi) serta dalaman sangat menarik dan mempesonakan… Tapi lokasi plat yg terletak di bumper belakang “mencacatkan” kecantikannya…

  3. Radov Majdan

    September 12, 2014 at 3:18 pm

    ni kena pancung dengan PCC lah…

  4. justicefreedom

    September 26, 2014 at 3:02 am

    Aku tak nampak lg apa lainnya…enjin sama mcm kereta Viva… cc 989 + 3 selinder + 12 injap DOHC + berat kereta yg ringan… itu semua faktor minyak kereta boleh dijimatkan… tapi apa lagi diorang dakwa kereta nie cekap tenaga…

    • aizatnaser

      October 13, 2014 at 1:12 pm

      Sistem EEV tu control RPM.. So pickup mmg kurang sikit. Secara tak langsung, minyak pun jimat lah..

  5. Lan Todak

    November 21, 2015 at 10:53 am

    Bro klau btl semua sama dgn viva..knpa perodua x perkenalkn EEV pada viva..knpa mesti axia..try dululah baru taw..ke sakit hati sbb hang baru lps beli viva n terus perodua kluarkn axia ni..hehehe..kipidap…

  6. test tra cuba mari

    January 8, 2017 at 3:46 pm

    klu bli axia 1.0 std E ok valuae for money

  7. Razor

    February 21, 2017 at 8:13 pm

    Tak jimat langsung. Honda city lg save

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *