Subaru WRX & WRX STI dilancarkan secara rasmi – Harga antara RM231k hingga RM272k

By  |  0 Comments

WRX MAIN

Antara jentera prestasi tinggi yang dinanti-nantikan ini akhirnya tiba di pasaran Malaysia secara rasminya. Pagi ini berlangsung majlis pelancarannya di Desa Park City menyaksikan kemunculan dua model serba baharu dari Subaru ini iaitu Subaru WRX dan WRX STI. Jentera sport sedan yang penuh prestasi dengan pelbagai elemen kemewahan dan serba sporty ini memang memukau pandangan mata…hingga turun ke hati!

Subaru WRX dijanakan oleh enjin Boxer 2.0 liter Direct Injection Turbo (DIT) yang mampu melampiaskan kuasa sehingga 268PS pada 5,600rpm dan tork 350Nm pada 2,400 hingga 5,200rpm. Ia didatangkan dengan transmisi Sport Lineartronic bersama mod manual.

WRX menerima penampilan baharu yang lebih sport dengan casis yang lebih keras termasuk kerangka yang lebih lebar, roda stereng balutan kulit yang sedikit mendatar, sistem ekzoz yang sporty dan juga rim aloi bersaiz 17 inci.

WRX_Int_03

Malah ruang dalamannya juga lebih luas dengan peningkatan rekaan kabin yang lebih selesa. Malah pelbagai teknologi terkini turut diterapkan pada WRX baharu ini untuk kemudahan yang lebih jitu. WRX ini turut ditampilkan dengan tempat duduk sport bucket dengan kekemasan jahitan merah. Pada bahagian konsol tengah pula ditempatkan pelbagai alat kawalan dengan kekemasan karbon dan logam.

Sebagai elemen tambahan pada teknologi teras Subaru yang menampilkan Symmetrical All-Wheel Drive, Variable Torque Distribution, sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang telah dipertingkatkan, menjanjikan pemanduan yang lebih lancar, selesa dan responsif.

Mengikut sejarahnya, WRX mula diperkenalkan pada tahun 1992 dan menjadi salah sebuah jentera sedan prestasi tinggi yang menggabungkan prestasi yang cukup impresif dan praktikaliti sebagai sedan empat pintu.

WRXSTi_46

Bagi model Subaru WRX STI pula, ia dilengkapi dengan pakej yang lebih unggul, bersama ciri-ciri kemewahan dan prestasi. Dengan rekaan yang mengagumkan, varian ini dijanakan oleh enjin Boxer yang penuh berkuasa dan juga sistem Pacuan Semua-Roda Subaru.

Model penuh ikonik ini ditampilkan dengan rekaan kerangka empat pintu yang lebih lebar, memiliki kemantapan casis untuk kestabilan pengendaliannya. Dikuasakan oleh enjin Boxer 2.5 liter bersama pengecas turbo, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 300 PS pada 6,000rpm dan tork 407Nm pada 4,000rpm. Jentera ini juga dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang pastinya mampu memberikan kemantapan pengendalian.

Bagi rekaan kabinnya, ia turut dilengkapi dengan set meter elektro-pendarkilau (luminescent) dengan roda stereng mendatar yang turut ditampilkan bersama kawalan kelajuan dan kawalan audio.

WRX STI juga ditampilkan dengan tempat duduk sport bucket dengan jahitan STI, pedal sport dan upholstery kulit.

Untuk meningkatkan daya pengendaliannya, casis yang lebih keras, gegelung spring yang lebih kukuh dan roda stereng yang lebih tangkas membuatkan WRX STI mampu dijadikan jentera yang berkuasa dalam kelasnya. Apatah lagi dengan sistem pacuan semua roda yang digandingkan bersama, menambahkan keunikan pada jentera ini.

WRX_Launch01

Seperti model Subaru yang lain, model WRX dan WRX STI ini juga telah melalui ujian komprehensif yang menepati tahap keselamatan tertinggi mengikut falsafah Subaru ‘All-Around Safety’, dalam masa yang sama mempertingkatkan lagi prestasinya dalam apa jua keadaan jalan.

WRX dan WRX STI ini boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Ice Silver, Crystal White Pearl, Lightning Red, Crystal Black Silica, dan WR Blue Pearl. Harga (tanpa insurans) yang ditawarkan pula ialah RM230,979 bagi WRX dan WRX STI pula berharga RM271,387. Kedua-duanya sudah boleh ditempah di mana-mana bilik pameran Subaru di seluruh Malaysia.

Subaru WRX STI ini juga telah ditampilkan di dalam siri DRIVEN musim ketiga episod ke-4.

Subaru WRX STI

Subaru WRX

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq