Proton tawar promosi istimewa sempena Aidilfitri – Rebat tunai sehingga RM8k

By  |  0 Comments

SuprimaSP26

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Proton ingin mengundang orang ramai untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton di seluruh negara pada 8 hingga 10 Ogos ini untuk meraikan lebaran ini bersama.

Promosi istimewa menanti kunjungan anda termasuklah rebat tunai sehingga RM8,000 bagi pembelian mana-mana model Proton terpilih. Malah pembeli juga berpeluang menikmati servis percuma selama tiga tahun dan kadar faedah serendah 2.65 peratus.

Manakala bagi pemilik kenderaan Proton sedia ada turut ditawarkan 20 mata ganjaran percuma jika membuat servis penyelenggaraan kenderaan dalam tempoh tiga hari tersebut dan turut bakal menerima 45 peratus diskaun bagi servis minyak enjin (tertakluk pada syarat).

Antara model terbaharu Proton yang turut terlibat sama dalam promosi ini ialah Exora, Preve, dan Suprima S.

Bagi yang berminat, jangan lupa mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton pada hujung minggu ini dan jangan lepaskan peluang memandu uji model-model kenderaannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *